Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga


Pada hari ini, 20 hari selepas saya mula menulis blog pos ini, saya hanya kongsikannya kepada beberapa orang. Hanya 30 views. Tapi sehingga ini, kerana tidak ada sebarang jawapan yang diberi oleh YB Gobind, barulah aku kongsikan dengan lebih ramai orang. Memang betul jika pelbagai alasan diberi seperti perlu masa untuk menyelesaikan masalah, kita boleh terima, tapi jika membisu saja, memang sukar kita nak terima. 

Yang penting untuk kami adalah YB Gobind lebih peka dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk tidak kira siapa yang mengadu. Sepatutnya tugas ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri, ahli majlis, YDP majlis, Ahli Exco kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar bekerjasama menyelesaikan masalah dengan baik. Sama-sama kita membangunkan negeri Selangor Darul Ehsan. 

---------------------------------------------

KAWASAN PARLIMEN Kepong di bawah mantan ahli parlimen YB Dr Tan Seng Giaw memberi sebab saya telah menyokong DAP sejak 1988 lagi, tapi kebelakangan ini, kerana dua orang ahli parlimen Kawasan Damansara, sokongan saya terutama kepada Pakatan Harapan di negeri Selangor sudah sampai ke tahap paling rendah. 

Sebelum ini, Tony Pua. Sekarang Gobind Singh Deo. Walaupun pada mulanya saya cuba menyokongnya, tetapi nampak jelas selepas setahun lebih, Gobind bukannya seorang yang cuba membantu menyelesaikan masalah. 

Dalam perbincangan saya dengan seorang editor, saya diberitahu semasa Gobind menjadi Ahli Parlimen Puchong sama sahaja. 

Sebagai seorang ahli parlimen, dia langsung tidak tahu masalah sebuah sekolah di Puchong yang tiada kerusi meja untuk anak-anak sekolah. Editor ini memberitahu bahawa masalah ini hanya baru ditangani oleh YB Yeo Bee Yin yang sekarang menjadi ahli parlimen Puchong. Terimakasih YB Yeo.

Janji dibuat tapi tidak ditepati: Bonggol (humps)

Masalah yang saya sudah bawakan kepada Tony Pua dan Gobind Singh sejak beberapa tahun lalu masih lagi menjadi masalah. 

Tidak susah untuk memulihkan semula hump yang dibina terlalu tinggi sampai ia terhentak bawah kenderaan yang deknya lebih rendah seperti Honda dan Kancil. 


Tanda-tanda di tiga hump lagi dekat rumah saya masih menjadi masalah. Petanda di sini menunjukkan hakisan oleh dek kereta yang melalui hump ini. 


Susahkah untuk memulihkan hump yang terlalu tinggi seperti hump ini? Sila lihat gambar di bawah. Cuma tarkan kedua-dua belah hump supaya tidak terlalu tinggi. Kenapa sudah lebih kurang dua tahun, Gobind masih tidak tepati janji nak selesaikan masalah ini?????



Cat semula semua petanda jalan seperti ini

Banyak petanda jalan sudahpun mula berkarat, bukan ini saja. Jikalau Majlis Perbandaran Selayang tidak mengambil tahu perkara ini, maka ia akan memakan perbelanjaan yang amat besar untuk menukar petanda-petanda jalan selepas beberapa tahun saja. 

Cat semula dengan cat yang lebih tahan 'weathering' adalah satu kultur yang penting. Kenapa Ahli Majlis yang dilantik oleh Gobind tidak membawakan perkara ini ke MPS dan pastikan semua petanda jalan dicat semula? 


Sudah lebih setahun petanda jalan ini dipindahkan ke tempat yang amat tidak masuk akal. Kenapa daripada tempat yang strategik seperti di persimpangan, petanda ini dipindahkan lebih kurang 100 meter dari persimpangan? 

Orang baru yang mencari tempat tidak akan nampak petanda jalan ini! Lihat, bukannya Ahli Majlis tak tahu sangat masalah ini. Lagipun petanda jalan ini diletak di tempat yang digunakan untuk parkir kereta. Saya juga tidak faham kenapa ahli majlis pun belanja wang kita untuk mengiklankan mukanya. 



Pembuangan sampah haram 

Pembuangan sampah haram diteruskan walaupun gambar ini gambar lama pada hari pertama Tahun Baru Cina 2024. Inilah sebabnya saya kurang yakin terhadap Pakatan Harapan di NEGERI SELANGOR di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Amirudin Shaari. 

Tidak ada bezanya berbanding dengan zaman Datuk Seri Azmin Ali dan waktu Selangor di bawah Barisan Nasional. Cuma dulunya MCA, sekarangnya DAP. PH di Selangor sudah kehilangan ooomph berbanding dengan penggal pertama. Baca artikel ini

Masalah sebenarnya adalah orang yang dilantik itu tidak buat kerja dengan gigih atau langsung tidak ada idea bagaimana untuk menguruskan kawasan dan memastikannya ia bersih. 

Yang sepatutnya menyelia prestasi ahli majlis dan ADUN Bukit Lanjan (sudah terlupa namanya) iaitu YB Gobind tidak langsung ambil tahu walaupun gambar sedia dihantar kepadanya. 

Kenapa sehingga kini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak sebut apa-apa berkenaan dengan pembaharuan (reforms) di peringkat Kerajaan Tempatan? Baca artikel ini.

Sila lihat kawasan ini di bawah Ahli Majlis Tuan Wai Mun. Jadi sepatutnya bukan salah parti atau PH, tapi kerana pengalaman saya dengan ahli majlis dan ahli parlimen DAP sejak beberapa tahun lalu tidak baik, beritahu saya bagaimana saya boleh teruskan sokongan saya terhadap DAP terutama sekali Gobind sebagai Pengerusi DAP di Selangor, seharusnya memberi tauladan yang baik. 

Ahli Parlimen, Ahli DUN dan ahli majlis yang baik saya akan puji. 

Sila lihat gambar di bawah. Walaupun kawasan ini KOTOR dan penuh dengan SAMPAH buangan oleh kontraktor, namun Tuan Fok Wai Mun entah bagaimana boleh memastikan kawasan ini tidak ada buangan sampah lagi! Sebelum ini, ahli majlis Lee Khai Loon sudahpun menjadi Ahli DUN di Pulau Pinang. Tahniah kepada YB Lee Khai Loon. 



Banyak lagi masalah 

Oh, banyak lagi masalah yang pernah dibangkitkan kepada Gobind tetapi masih belum dibereskan. Ini menyebabkan bertambahnya masalah yang dihadapi oleh penduduk. 

Walaupun beberapa masalah sudah diselesaikan, kenapa saya perlu berkempen baru dapat penyelesaiannya?

Sila baca blog ini untuk melihat banyak masalah yang belum diselesaikan. 

Gobind sebagai seorang Menteri Digital sekarang ini, seharusnya memanggil pihak TM untuk keluarkan semua pondok telefon ini dengan baik supaya tidak menyakiti mata bila lihat pondok-pondok ini. 

Siapa lagi guna telefon awam, Sdr Gobind? Sila baca pos ini.



Jalan sehala masih lagi tidak dibincangkan walaupun ini satu masalah besar untuk penduduk. Sila baca pos ini. Janji akan dibawakan ke mesyuarat Majlis, tapi itu pun janji lebih kurang setahun lalu. 

Lihat yang ini juga. 



Itu sebab saya dah kata, kalau tak dapat buat kerja dengan tekun sebagai seorang Ahli Parlimen, jangan sandang pos sebagai Menteri. Biar orang lain yang tekun dilantik sebagai menteri. Kan Perdana Menteri dah kata baru-baru ini, pastikan masalah yang diangkat oleh rakyat ditangani dengan baik.  

Dah cukup...banyak lagi highlight seperti ini akan dibuat sekiranya masih tidak meningkatkan prestasi kerja Yang Berhormat Sdr Gobind, Ahli DUN and ahli majlisnya. 

Sekian. Terimakasih. 


PLEASE CONTINUE TO SEE ALL THE PHOTOGRAPHS IN THIS OTHER BLOG POST AND YOU WILL UNDERSTAND WHY PEOPLE ARE FRUSTRATED WITH PH IN SELANGOR NOW. JUST ONE STROLL ALONG THIS PATH AND THESE ARE WHAT I SEE:

https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2024/05/acid-test-for-next-ge-can-ph-state.html 




Comments

Popular posts from this blog

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?