Posts

Showing posts from May, 2025

Perbandingan antara MBPJ dan MPS pada satu jalan yang sama

Image
Lihat cara MBPJ menurap jalan : rata dan baik  Berbanding dengan Majlis Perbandaran Selayang 

Bagaimana kawasan MPS selama ini boleh terbiar saja?

Image
  Jelas terbukti cara Majlis Perbandaran Selayang memantau kawasannya, walaupun jalannya Jalan Makmur, melihat simen di atas tempat lapang menunjukkan cara MPS menyelia kerja yang dibuat di kawasan ini dekat Batu Caves. Kerajaan negeri juga perlu memantau apa yang berlaku di tapak.  Kerja Maintenance perlu dibuat supaya tidak membazir wang rakyat untuk menukar petanda jalan ini. Lebih murah dicat semula. Bukan sekadar satu dua gambar ini, tapi pihak kejuruteraan perlu pantau semua petanda jalan yang perlu dicat semula.

MPS DAN YDP PERLU KERAP TURUN PADANG UNTUK MEMPERBAIKI PRESTASI MPS

Image
Perlu turun padang sendiri kawasan Gombak  Bukan saja tempat kami, tetapi permantauan MAJLIS PERBADARAN SELAYANG (MPS) di Sri Gombak juga teruk. Sila lihat sendiri. Saya hanya sediakan di sini gambar-gambar yang diambil semalam. Teruk! Jangan hanya sekadar membersihkan sampah yang kelihatan dalam gambar tapi memantau secara konsisten bukan saja di Sri Gombak tapi YDP, Exco Kerajaan Negeri dan Menteri Besar perlu ambil tahu apa yang berlaku dekat kawasan MPS. KDEB akan bersihkan tapi kalau masih lagi ada orang yang buang, bermakna PBT tidak memantau dengan baik

UNTUK PERHATIAN AHLI PARLIMEN DAMANSARA @YB Gobind Singh Deo Singh DAN ADUN BUKIT LANJAN (Puah Pei Ling)

Image
Walaupun pada mulanya saya berasa marah terhadap perkara ini, namun semakin jelas bahawa isu ini telah dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan Kerajaan Madani.  Saya berharap, walaupun isu ini sengaja dipanjangkan sehingga sekarang dan dijadikan polemik berterusan oleh sesetengah puak, ia tidak akan menjejaskan usaha Kerajaan Madani dalam memperkasakan kesejahteraan rakyat dan memajukan negara. Pada masa yang sama, budaya rasuah serta kepentingan peribadi yang masih cuba dipertahankan oleh segelintir pihak tidak seharusnya diberi ruang untuk terus berakar umbi. Jika amalan seperti ini masih diteruskan, tidak mustahil mereka yang terlibat akhirnya akan berdepan tindakan penguatkuasaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). AHLI PARLIMEN DAMANSARA @YB Gobind Singh Deo Singh  ADUN BUKIT LANJAN @ PUAH PEI LING  Celikkan mata untuk meneliti peta ini. Jika seseorang penduduk tinggal dii A, nak ambil kawannya yang tinggal d...