Posts

Showing posts from May, 2024

ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?

Image
A short walk from Bandar Sri Damansara via KIP to Wangsa Permai reveals how badly maintained are these three places.  Sri Damansara is under the PETALING JAYA CITY COUNCIL. Both KIP and Wangsa Permai are under the SELAYANG MUNICIPAL COUNCIL. It shows that regardless of whether it is a CITY COUNCIL or a MUNICIPAL COUNCIL, Selangor which is supposedly the richest state in the country has never improved despite it being under Pakatan Harapan government since 2008. Is this  because the people now helming it have become too comfortable and do not share the same passion for reforms?  With the local government being the MOST IMPORTANT tier of government that AFFECTS the people, reforms are found wanting.  PH all the way but where is the performance in Selangor? Now, with the Federal minister of Housing & Local Government (Nga Kor Meng, DAP), Menteri Besar (Amirudin Shaari, PKR), State Exco in charge of local government (Ng Suee Lim, DAP), State Assemblyman (Pua Pei Ling, PKR), MP (Gobind

Syabas Menteri Besar Selangor, Ahli Exco Kerajaan Negeri, ADUN Bukit Lanjan, Ahli Parlimen Damansara, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Image
Pandai betul Majlis Perbandaran Selayang.  Pengarah  Jabatan Penilaian & Pengurusan Hartanah  (JPPH) MPS yang terlibat harus digantung kerja atas kegagalan untuk menyampaikan notis yang bertarikh 1hb April 2024. Tarikh tempoh untuk bantahan berakhir semalam, dan sekarang ini, tarikh dipanjangkan ke akhir bulan Mei. Tapi ramai di kalangan penduduk di bawah Perbandaran Selayang, termasuk saya, tidak memahami alasan-alasan bantahan yang boleh dipilih. Adakah borang maklumbalas ini direka dengan sengaja untuk menunjukkan yang tidak ramai yang membantah atas kenaikan cukai taksiran? Saya tertanya-tanya kenapa pagi Sabtu ini ada posman yang datang ke setiap rumah menggunakan motosikal Pos Malaysia untuk mengirim surat. Nampaknya surat ini dihantar baru hari ini.    Syabas Pengarah JPPH!  Tanggungjawab  Siapakah yang perlu bertanggungjawab bila Kerajaan Tempatan gagal? Syabas Menteri Besar. Syabas Ahli Exco kerajaan negeri Selangor (Kerajaan Tempatan). Syabas YB Ahli Parlimen Damansara, A

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

Image
KAWASAN PARLIMEN Kepong di bawah mantan ahli parlimen YB Dr Tan Seng Giaw memberi sebab saya telah menyokong DAP sejak 1988 lagi, tapi kebelakangan ini, kerana dua orang ahli parlimen Kawasan Damansara, sokongan saya terutama kepada Pakatan Harapan di negeri Selangor sudah sampai ke tahap paling rendah.  Sebelum ini, Tony Pua. Sekarang Gobind Singh Deo. Walaupun pada mulanya saya cuba menyokongnya, tetapi nampak jelas selepas setahun lebih, Gobind bukannya seorang yang cuba membantu menyelesaikan masalah.  Dalam perbincangan saya dengan seorang editor, saya diberitahu semasa Gobind menjadi Ahli Parlimen Puchong sama sahaja.  Sebagai seorang ahli parlimen, dia langsung tidak tahu masalah sebuah sekolah di Puchong yang tiada kerusi meja untuk anak-anak sekolah. Editor ini memberitahu bahawa masalah ini hanya baru ditangani oleh YB Yeo Bee Yin yang sekarang menjadi ahli parlimen Puchong. Terimakasih YB Yeo. Janji dibuat tapi tidak ditepati: Bonggol (humps) Masalah yang saya sudah bawakan