Menteri Digital YB Gobind Singh Deo, sila ambil perhatian dan pantau kerja-kerja TELEKOM MALAYSIA

Menteri Digital YB Gobind Singh Deo, sila ambil perhatian dan pantau kerja-kerja TELEKOM MALAYSIA:



Yang ini kerja TELEKOM MALAYSIA. Budaya kerja  TM tidak berubah sejak zaman Sharifah Intan, PRO tahun 1990an.

TM kini di bawah Menterinya YB Gobind Singh yang juga perlu pertingkatkan mutu perkhidmatannya dan jangan hanya setakat jamji kosong kepada pengundi. Harap maklum pelbagai masalah TM yang saya luangkan masa untuk dibentangkan di sini.


1. CAJ RM200 UNTUK TUKAR KABEL FIBER OPTIK LUAR RUMAH:

Kalau ada sebarang masalah dengan BROADBAND, dan perlu tukar kabel fiber optik dari DB Board ke rumah, TM nak caj RM200! Sepatutnya ini bukan tanggungjawab pelanggan. Kalau bacaan DB Board itu tinggi, kabel yang rosak kerana cuaca atau binatang patut ditanggung saja oleh TM. 

2. CAJ RM150 KALAU TEMUJANJI DITUKAR OLEH PELANGGAN:

Kalau ada masalah dengan BROADBAND Maxis, temu janji perlu ditukar last minit mereka hendak pula caj RM150 sehingga saya terpaksa bantah. 

Mereka buat temukanji ikut sukahati mereka tak tanya dengan pelanggan waktu itu sesuai atau tidak, dan cuma hantar waktu secara SMS. Adakalanya mereka tak datang juga walaupun temukamji sudah dibuat kerana teknisyen Maxis sudah pulihkan semula buat sementara waktu. 

Saya diberitahu oleh Maxis caj RM150 ini dikenakan oleh pihak TM.

3. BACAAN INTERNET BROADBAND YANG TIDAK MEMUASKAN WALAUPUN ADUAN TELAH DIBUAT BANYAK KALI DALAM DUA BULAN INI (JANUARI DAN FEBRUARY 2024).

Masalah sebenarnya iaitu tukar kabel di luar rumah masih tidak dibuat sehingga sekarang walaupun banyak kali kami mengalami kelajuan Internet 300 mbps jadi kurang dari 20mbps!




4. TM KOREK LUBANG DAN TIDAK DITURAP DENGAN BAIK MEROSAKKAN JALAN

Kerana TM tidak memperbaiki lubang ini, pihak majlis terpaksa buat kerjanya.


5. PONDOK TELEFON AWAM SUDAH LEBIH KURANG 20 TAHUN TERBENGKALAI SEHINGGA KINI MASIH ADA 


@YB Gobind, sila lihat seluruh negara semua pondok telefon TM yang tidak digunakan lagi dan dibiarkan begitu saja. Di zaman Pak Lah, Najib, PH di bawah TunM, kemudian di bawah PN sehingga kini di bawah kerajaan Madani, nampak macam tak nampak. 

Waktu dulu 2018 Kementerian Konunikasi juga di bawah Gobind, bagaimana boleh kita pastikan kerja dibuat oleh menteri dan pihak TM untuk memastikan setiap pondok telefon dikitarbalik? 

Janganlah sampai kita perlu buat sindiran secara sinis, ya. Biasanya kita buat secara lemah lembut dan penuh sopan, tapi bila kerja tidak dibuat, siapa tak marah? Harap dapat perbaiki servis kepada masyarakat.

Dan bila kerja dibuat oleh TM secara tidak senonoh, menyebabkan tapak tiang masih tertinggal, maka pihak majlis yang perlu buat kerja, pastikan denda mereka dengan denda maksimum. Baru pengurusan TM dapat bertambah baik. 

Terimakasih. 

TM sila lapurkan berapa banyak pondok telefon dipasang sejak dulu dan berapa sudah dicabut. Gerakkan pekerja TM seluruh negara dan pastikan semua ini siap beres dengan baik. 

Selepas tempoh itu, pihak kementerian boleh siarkan dalam akhbar. Orang awam boleh beri maklumat secara whatapp lokasi yang mana pondok TM masih lagi tidak dicabut. Mungkin perlu dikenakan denda yang tinggi untuk memastikan ini tidak akan berlaku demi kebaikan bersama. 

6. BIL TELEKOM FISIKAL MASIH DATANG LAGI WALAUPUN TELEFON SUDAH DIBATALKAN BANYAK TAHUN LALU



Sila pulangkan saja deposit yang ada sejak saya memotong Unifi kerana servis yang tidka baik. 


Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?