Pasar Borong Selayang
Ramai yang pernah melawat Pasar borong Selayang akan setuju pasar tersebut memang kotor dengan banyak sampah haram yang dibuang di merata-rata tempat, menjadikan kawasan tersebut seperti pasar menjual sampah sarap.
Ini bukan sahaja menyebabkan pembiakan nyamuk dan tikus-tikus, malah membuat tempat tersebut menjijikkan.
Sebenarnya, siapakah yang bertanggungjawab? Seperti lagu budak tadika, Bangau Oh Bangau, bila ada saja aduan dibuat atau siasatan dari orang atasan, maka bangau akan menuding jari pada ikan yang tak timbul, sementara ikan akan menuding jari pada rumput yang sudah tumbuh terlalu panjang kerana kerbau tak makan lagi rumput.
Semuanya satu ekosistem seperti dalam cerita bank ini. Kita cuba perhatikan dua set gambar ini. Oleh kerana pasar borong ini terletak di sempadan Kuala Lumpur dan Selayang, kita akan jelas nampak apa yang berlaku menyebabkan satu kawasan di bawah DBKL itu lebih bersih, berbanding dengan kawasan di bawah MPS. Jika ditegur, YdP Majlis Perbandaran Selayang perlu lebih berwibawa dan memperkasakan kerja-kerja bukan saja dari segi pembersihan tetapi juga pemantauan dari segi penguatkuasaan samada secara berkala mahupun secara spontan. Sila dengar apa yang disebut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Tuan Khalid Mohamed dalam video ini:
Bukan sekadar hanya membersihkan sampah haram tetapi juga penguatkuasaan perlu dibuat. Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu membekalkan tong-tong yang sesuai serta memastikan setiap pekerja membuang sampah ke dalam tong yang dibekalkan. Di Kuala Lumpur, pindaan terbaru dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah mula berkuatkuasa sejak Januari 1, 2026, sementara pindaan ini masih belum diterima pakai di negeri Selangor sehingga bulan September 2026.
Menurut apa yang difahami oleh penulis ini, ada penjaja di bahagian Kuala Lumpur yang membuang sampah di bahagian Selayang kerana penguatkuasaan di Selayang lemah dan tidak berbaloi kalau mereka membuang sampah di bahagian Kuala Lumpur dan jika disabitkan kesalahan, mereka perlu berkhidmat menyapu jalan awam atau membersihkan longkang.
Patutlah dengan usaha menyeluruh oleh pihak SWCorp, kawasan di sebelah Kuala Lumpur itu nampak lebih bersih. Jalan dan lorong-lorong disapu setiap pagi, air pancut digunakan untuk membersihkan jalan dan kawasan sekitar, penguatkuasaan dilakukan serentak untuk mengeluarkan saman kepada mereka yang sering membuang sampah.
![]() |
![]() |
| Betulkah ini kawasan di keliling Pasar Boroong Selayang? Terlalu bersih. |
![]() |
| Kebersihan itu tanggungjawab bersama bukan saja kerja KDEB dan mereka yang bekerja membersihkan kawasan sekitar |
![]() |
| Hari ini sudah bersih, tapi esok ceritanya berulang orang buang sampah lagi |
Jika ada masa, saya jemput anda menonton cerita ini berkenaan dengan sebuah bank di mana anak kepada ibubapa dan adiknya terpaksa membawa mayat mereka ke bank untuk pemprosesan wang yang diwarisinya. Cerita ini diharapkan dapat membawa keinsafan sebelum terlambat.












Comments
Post a Comment