IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI: Pengawal sekuriti tidak dibenarkan duduk semasa bekerja syif 12 jam mereka




Januari 5, 2026

Kita akan lihat bagaimana dan siapa akhirnya akan menyelesaikan masalah ini, serta membuktikan bahawa negeri Selangor yang sekian lama ini di bawah kerajaan PH masih tidak selari dengan dasar kerajaan Madani di bawah PMX. 

Perkara seperti ini sepatutnya boleh ditangani oleh pihak berkuasa seperti  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang sendiri tetapi apabila beliau gagal menyelesaikannya, intervensi perlu dibuat oleh kerajaan Selangor. 

Saya yakin sekiranya seorang Datuk Bandar yang lebih prihatin seperti Datuk Zahri Samingon (MBPJ) diberi ruang, masalah yang ini tidak akan berlarutan.

Blog ini telah pun dikirim melalui emel kepada YAB Amiruddin Shari dan YB Ng Suee Lim pada 27 Disember 2025. Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan atau maklum balas daripada kerajaan negeri Selangor. Setahu saya masalah pengawal sekuriti tiada berkerusi itu tetap tidak berubah.



Di manakah letaknya nilai keperimanusiaan pihak berkuasa negeri? Barangkali, secara sinis, saya cadangkan pengerusi Persatuan Penduduk sendiri wajar diarahkan menjadi pengawal untuk tempoh seminggu tanpa tempat duduk 12 jam sehari termasuk waktu makan agar beliau benar-benar memahami kesukaran mereka yang bertungkus-lumus setiap hari. 

Saya berpendapat tidak seharusnya kita menunggu sehingga kemurkaan Sultan sekali lagi dizahirkan pada hari keputeraan baginda sebelum perkara ini diberi perhatian sewajarnya.

Masalah sampah-sarap yang berleluasa adalah cerminan kelekaan sesetengah pemimpin yang sepatutnya melaksanakan perubahan di peringkat institusi kerajaan tempatan serta agensi-agensi berkaitan. Semua hantaran blog di sini mereka seharusnya ditangani secara menyeluruh tetapi di mana letaknya tumpuan mereka, entahlah. 

Walaupun isu pengawal ini kelihatan kecil, ia sebenarnya mencerminkan sikap tidak peduli dalam kalangan mereka yang diberi kuasa untuk bertindak demi kebajikan golongan yang tidak mampu bersuara.  Saya akan menggunakan kes ini sebagai satu ujian untuk melihat siapa yang benar-benar mewakili masyarakat yang tertindas.

Perubahan ke arah sebuah negara yang lebih prihatin, selaras dengan dasar Kerajaan Madani yang diterajui PMX, menuntut kerjasama menyeluruh daripada semua pihak — sama ada kerajaan, pembangkang mahupun barisan backbencher — demi memastikan reformasi benar-benar dapat direalisasikan.

Sebenarnya banyak contoh-contoh yang saya selelah berikan dalam hantaran blog ini tetapi adakah kebanyakan pemimpin-pemimpin selama ini memberi tumpuan terhadap mencari jalan penyelesaian untuk semua masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata.

Sila pulang ke hantaran blog ini dari masa ke semasa untuk mengetahui SIAPA akhirnya dapat memberi arahan kepada pengerusi Persatuan penduduk supaya lebih prihatin terhadap pengawal-pengawalnya. 

Isu ini hanya semata-mata untuk memperbaiki prestasi keprihatinan masyarakat di mana ramai pemimpin-pemimpin sekarang lebih tertumpu terhadap isu-isu politik perkauman dan bukannya isu-isu yang dialami oleh masyarakat umum. Misalannya, saya amat hampa Pihak pembangkang kurang mengambil perhatian terhadap masalah masalah sampah-sarap di Selangor tetapi hanya memainkan isu-isu kosong.

Saya juga ingin berharap mantan menteri sumber manusia YB Steven Sim yang lebih prihatin terhadap masyarakat tertindas akan membawa perkara ini kepada menteri sumber manusia sekarang, seperti apabila mantan menteri sumber manusia YBhg Dr Fong Chan Onn membantu satu kes yang dibawakan kepada beliau. Walaupun sudah bersara, beliau terus menjawab menerusi e-mel pada masa itu memberitahu bahawa beliau akan memanjangkan perkara tersebut kepada Menteri Sumber Manusia pada ketika itu, iaitu Richard Riot. 

Intervensi Richard Riot akhirnya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengadu dengan budi bicara yang baik. Jasa mereka sentiasa saya kongsikan dengan rakan-rakan saya.


Disember 27, 3025:
Saya diberitahu pengawal-pengawal sekuriti tidak dibenarkan kerusi untuk duduk dan makan walaupun kerusi-kerusi ini diderma oleh penduduk. 

Ini adalah kerana arahan yang dikeluarkan oleh pengerusi Persatuan Penduduk bahawa mereka tidak dibenarkan menggunakan kerusi walaupun untuk makan tengahari ataupun malam. Syif mereka adalah 12 jam, di mana mereka terpaksa berdiri.

Tuan BP majlis Perbandaran Selayang (MPS) Telah pun dimaklumkan berkenaan dengan arahan tersebut.

Kita akan melihat samada YDP ini prihatin terhadapPengawal pengawal sekuriti yang bekerja di situ selepas beritahu berkenaan perkara ini pada Rabu 24hb Disember 2025. 

Perkara ini juga dipanjangkan kepada beberapa pihak berkuasa untuk melihat reaksi mereka. Yang pentingnya kebajikan pengawal sekuriti perlu dijaga dengan baik. 



Tn YDP,

Penguatkuasa bersama pegawai telah hadir sebentar tadi. Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan pandangan seperti berikut:

1. Larangan penggunaan kerusi di Pos Pengawal Wangsa Permai

Para pengawal tidak dibenarkan menggunakan kerusi. Hal ini amat membimbangkan kerana mereka tidak berupaya bersuara memandangkan gaji mereka dibayar oleh pengerusi Persatuan Penduduk.

2. Peranan Pengerusi Persatuan dan kuasa MPS

Saya pernah menasihati pengerusi, Encik Kumar, namun teguran tersebut tidak diendahkan. Justeru, pihak MPS boleh mengeluarkan teguran rasmi kepada pengerusi Persatuan memandangkan permit operasi adalah dikeluarkan oleh MPS.

3. Kuasa penarikan balik permit

Permit boleh ditarik balik sekiranya terdapat masalah. Oleh itu, cadangan saya agar kerusi disediakan untuk kegunaan pengawal sepatutnya dipertimbangkan. Untuk pengetahuan YDP, kerusi yang didermakan kepada pengawal diketepikan.  Tindakan melarang mereka duduk adalah satu bentuk penindasan yang tidak wajar. Kuasa penguatkuasaan seharusnya dilaksanakan dengan penuh keprihatinan.

Hak saya bersuara adalah berlandaskan dasar keperimanusian; bukan kerana saya tak bayar wang sekuriti maka saya tidak boleh bersuara. Perkara ini perlu disampaikan kepada pengerusi ini. 


Sekian. Terimakasih.


Januari 10, 2026 

Sehingga kini, YDP masih tidak dapat menangani masalah ini atau enggan menyelesaikan masalah ini entahlah, tapi tidak ada jawapan mahupun perkembangan terbaru, maka perkara ini sudah dibawakan kepada MB Selangor Amirudin Shaari, Ahli Exco Ng Suee Lim yang menjaga kerajaan tempatan, serta Ketua Setiausaha Negeri Selangor. Kita lihat apa Yang akan dibuat oleh kerajaan negeri Selangor yang sewajarnya menjaga serta prihatin terhadap mereka yang tertindas.




Comments

Popular posts from this blog

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah

A revealing truth about myself