Posts

Showing posts from July, 2026

Bangkit Sendiri: Apabila Rakyat Marhaen Mengambil Alih Tugas Pihak Berkuasa

Image
Sebelum ini sila lihat gambar-gambar dalam Blog ini. Bila aduan demi aduan dipandang sepi, rakyat marhaen tiada pilihan selain bertindak sendiri. Bukan saja di Rawang tetapi di pasar borong Selayang jelas kelihatan perbezaan kerja menjaga kebersihan dijalankan.  Tidakkah pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya lebih serius dalam menjunjung titah Sultan Selangor, yang sebelum ini telah menzahirkan rasa dukacita terhadap keadaan semasa di negeri ini? Inilah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh komuniti setempat apabila berhadapan dengan isu lambakan sampah haram yang kian membarah.  Walaupun pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), telah berkali-kali digesa dan dimaklumkan bahawa satu-satunya jalan keluar untuk menewaskan kutu sampah korup ini adalah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan berterusan, namun gerak-kerja yang ditunjukkan tersangatlah perlahan dan tidak menampakkan hasil yang nyata. Kenapa ini perlu berlaku? Enggan terus hidup...

Cerita Susulan Pasar Borong Selayang

Image
  Saya menerima satu panggilan daripada seorang penyelia KDEB pagi semalam ( Julai 1, 2026)  menanyakan di mana sampah haram di pasar borong.  Saya pun terperanjat tetapi di sini akan jelas kelihatan sikap kerja oleh pihak berkuasa tempatan. KDEB disuruh bersihkan sampah haram yang sudah mereka bersihkan dalam gambar yang disertakan di sini.  Sebelum ini saya cuba memasukkan penulisan blog saya ini berkenaan dengan pasar boring Selayang di mana Bahagian Kuala Lumpur dijaga dengan bersih tetapi di Bahagian MPS, KDEB sering dijadikan kambing hitam.  Saya hanya membuat perkara ini secara rasmi dalam SISPAA sebagai rekod ( PCB.359448) s upaya kemudian hari bila perlu dirujukkan semula, saya dapat membekalkan bukti bahawa pihak majlis sudahpun tahu masalah tentang pembuangan sampah di Kawasan MPS. Sultan Selangor sendiri pernah menzahirkan kedukacitaan Baginda berkenaan dengan keadaan di negeri Selangor yang amat kotor. Untuk saya, ini sungguh memalukan apabila saya...