Monyet lebih pintar dari manusia

 

Monyet ini di Safari Kruger Park di Afrika Selatan semasa kami memandu di sini. Dia pun tahu nak minta hitch-a-ride.

        Saya merujuk kepada berita dalam akhbar The Star Metro pada 20hb September 2022. Pekerja pembersihan kawasan Rimba Templer Park ini berusaha memerangi monyet, tetapi monyet lebih pandai pula nampaknya: 

        “We have tried tying the lids and fastening them to trees so that the dustbins would not be toppled over by the monkeys but they have learned how to untie the ropes.

        Itulah sebabnya kalau saya membuat kerja pembersihan saya pun rasa amat sedih, kerana fasiliti yang disediakan hanya menelan perbelanjaan yang tinggi tapi tidak berkesan.

Bin Besar untuk Lori Compactor lah!

        Misalannya, tong sampah hijau yang disediakan adalah untuk lori compactor. Satu bin sekurang-kurangnya RM300. Sepuluh bin pun sudah RM3000. Ikat dekat pokok pun, monyet lebih pandai. "They have learned to untie the ropes." 

        Kenapa guna bin besar seperti ini? Adakah lori compactor dapat masuk ke dalam rimba Templer? Bagaimana pula pekerja-pekerja dapat punggut sampah dari bawah bin tersebut? Aduh! 

        


        Bukan saja monyet yang kacau, tapi orang ramai pun tak tahu buang sampah ke dalam bin yang besar ini. Sampah penuh pun susah untuk dipunggut dan dibawa keluar. 

        Mengikut Puan Jenny yang membekalkan gambar-gambar di sini, di negeri Thai, mereka lebih pintar dari monyet. Cara yang mudah dan murah tapi Majlis ada minat tak untuk menggunakan idea mereka? 


        Satu bin dengan plastik sekali, satu lubang untuk orang buang sampah. Entahlah, mungkin monyet di Rimba Templer ini lebih pintar agaknya! Fikirkanlah bagaimana nak membantu pekerja-pekerja yang bertungkus lumus membersihkan kawasan sementara anda dalam pejabat hawa dingin. 

        Tong sampah di Takau pa, negeri Thai. Eh, jangan ketawa ya... Cara ini lebih murah dan efektif. Tidak ada aduan dari pengadu yang sama bila melawat ke Takau Pa. Tempat memang bersih. 
        
        TONG SAMPAH sebegini (hello, ini pun tong sampah, bukan?) pun boleh digunakan di sepanjang pasar malam dan dikutip oleh lori sampah dengan mudah daripada pekerja pada keesokan hari perlu lagi menyapu jalan. 






Gambar-gambar ini diambil sebelum jurufoto Star Metro dapat sampai ke sini. Sila lihat dalam pos-pos di sini. 

12hb September 2022


Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates

The Need for Intervention