Posts

Showing posts from September, 2026

Masyarakat perlu berprihatin terhadap warga mas

Image
  Wargamas yang cedera baru-baru ini  Tangan En Loh yang cedera  Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Gobind serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atas keprihatinan mereka untuk memastikan warga mas ini sekurang-kurangnya dilawati oleh konkraktor supaya mereka faham pentingnya memastikan tempat kerja di tempat awam adalah selamat kepada orang awam. Jikalau pihak DOSH membuat lawatan, kemungkinan pihak kontraktor akan kena saman dan jikalau kes lebih besar, mungkin sudah keluar arahan berhenti kerja. Ini pengalaman saya kerana DOSH tidak akan kompromi.  Satu rombongan kecil ditubuhkan oleh wakil YB Gobind, merangkap Ahli Majlis Tn Tan Teong Gan untuk melawat pakcik tersebut pada Ogos 24 pagi.  I would like to thank YB Gobind and the Selayang Municipal Council (MPS) for their concern in ensuring that this senior citizen was at least visited by the contractor, so that they understand the importance of ensuring public workplaces are safe for the public. ...

RA tiada kuasa untuk membuat perraturannra sendiri

  Di Malaysia, Persatuan Penduduk (RA) bagi taman perumahan jenis landed yang memegang hakmilik individu (bukan hakmilik strata) ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pengerusi RA tidak mempunyai sebarang punca kuasa undang-undang ( statutory power ) untuk melarang atau mengawal kerja-kerja penambahbaikan ( renovation ) atau renovasi di premis persendirian. Berikut adalah asas undang-undang, enakmen, serta saluran yang boleh anda gunakan untuk membatalkan tindakan pengerusi tersebut dan mendesak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi berkaitan untuk bertindak.    1. Asas Undang-Undang Penguatkuasaan Kerja Bina (Kuasa PBT) Kuasa untuk mengawal, membenarkan, atau melarang sebarang kerja pembinaan, penambahbaikan, dan waktu operasi kerja di premis persendirian terletak sepenuhnya di bawah kuasa PBT melalui akta-akta berikut:  Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171): PBT mempunyai kuasa eksklusif dalam mengawal kawalan kebersihan, keselesaan, dan kacau-ganggu...

Budaya kerja terlalu leka yang harus diperbaiki

Image
Sekali lagi, saya terpaksa membangkitkan isu ini. Teguran telah berulang kali dibuat, namun saya yakin Pengarah Pembersihan Bandar serta Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak pernah turun padang untuk melihat sendiri situasi sebenar di tapak. Mengikut maklumat yang saya terima, seorang pemilik kedai telah membuat aduan rasmi melalui Aduan@mps.gov.my pada tahun ini. Pihak KDEB Waste Management memang ada datang membuat pembersihan dan menyedut mendapan longkang. Namun, belum pun setahun berlalu, masalah yang sama berulang kembali — longkang kini kembali tersumbat dengan sampah dan mendapan.      Isu ini tidak akan berlaku sekiranya Pengarah Pembersihan Bandar dan YDP MPS rajin turun padang dan memantau secara berasas. Pendekatan ini pernah dibuktikan oleh bekas Datuk Bandar MBPJ yang mengamalkan prinsip Management by Walkabout (MBWA) untuk memastikan tadbir urus kawasan berjalan lancar. Saya telah mengdokumentasikan pemerhatian ini di dalam blog, s...