Bandingkan dengan Selangor

 


Pos saya berkenaan Pulau Pinang dalam blog ini sudah dibaca ramai orang, bukan saja orang Selangor, malah ramai juga di negeri Sabah dan Sarawak, dan Semenanjung. 

        Antara yang memberi maklumbalas adalah seorang rakan saya yang amat hampa apabila beliau melawat ke Rimba Templer, di bawah jagaan Majlis Perbandaran Selayang. Bukan saja sekarang, malah masalah sampah sarap memang teruk sekali sejak dulu-dulu lagi. Sebagai seorang pemberita sambilan untuk Star Metro dan Malay Mail (sambil bekerja sebagai Pengurus Kanan Pasaran dan Pengarah Komunikasi Korporat tiga institusi pengajian swasta), saya selalunya mengambil gambar dan menulis untuk suratkhabar. 

        Itupun lebih dari 20 tahun lalu dan di bawah Barisan Nasional. Keadaan sekarang sama juga, tiada perubahan walaupun di bawah kerajaan Pakatan Harapan. 

        Rakan saya menunjukkan dua emoji:

        Selepas membaca blog saya berkenaan dengan Pulau Pinang: 


        Selepas saja menunjukkan gambar-gambar di Taman Rimba Templer yang diambilnya. 

    
        Gambar-gambar yang ditunjukkan serta komen-komen yang diberi: 




===============================
Selangor. 👎🏻👎🏻👎🏻

Taman Rimba Templer
Some places don't need rubbish bin. Just need enforcement. Make the visitors take back their rubbish.

A visitor wanted to dump a bag of rubbish in a open concrete tube, I told her to bring back her rubbish and she did that.

No point providing a rubbish bin when no one can clear them regularly or on time.

Why Singapore so clean? Singapore spends a lot in civic education. There are notices everywhere in public areas. Also via TV and radio. They even 'ambassadors' on the grounds to remind the public.

In Selangor, we only see the local council officers in uniform doing raids on illegal stalls or structures.

=========================================

        Apa bezanya? Dua-dua negeri pun di bawah Pakatan Harapan. Kenapa satu bersih dan terus mara ke hadapan, yang satu lagi terus menjadi lebih teruk mengikut pemantauaan saya? Apakah yang perlu dibuat di negeri Selangor supaya ianya maju samada di bawah PH mahupun BN?

        Kerja-kerja pembersihan dan pengawasan perlu dibuat oleh pihak Majlis. Kegagalan pihak Kerajaan Tempatan (iaitu dalam kes ini Majlis Perbandaran Selayang) adalah antara punca utama berlakunya banyak sampah sarap di sebuah rekreasi Taman Rimba Templer. Tidakkah pihak MPS malu dengan prestasi kerja mereka? 

        Bukannya orang awam tidak ingin membantu membersihkan tempat-tempat ini, tetapi jikalau yang bertugas tidak menjalankan tugasnya dengan betul, maka seharusnya tindakan disiplin diambil oleh pihak Kerajaan Negeri. 

        Di sini saya nak tanyakan apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor, terutama sekali Menteri Besar Amirudin Shari (PKR) dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Ng Sze Han (DAP) yang sepatutnya memantau prestasi kerja Majlis seumpama MPS ini? Saya ingin tanyakan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia dan YB Lim Kit Siang dan YB Lim Guan Eng, apakah tindakan yang diambil? 

        Yang saya terima hanya Selangor perlu dimenangi jikalau PH ingin menang besar dalam PRU 15 di peringkat Persekutuan. Jikalau ini benar-benar tujuan PH untuk memenangi Kerajaan Persekutuan, saya percaya mereka akan mengambil tindakan mengatur semula (revamp) Exco Kerajaan Negeri dan apa yang perlu diatur semula kerana lantikan Ahli-ahli Majlis serta Presiden Majlis yang dibuat memang tidak mengikut prestasi kerja mereka. Pada pandangan saya, tidak ada bezanya ahli-ahli majlis sekarang berbanding dengan ahli-ahli majlis yang sebelum ini di bawah kerajaan BN. 

        Selama dua tahun ini perkara-perkara yang dibangkitkan hanya setakat untuk membuktikan bahawa saya telah menggunakan saluran-saluran (channels) yang sedia ada. Segala diplomasi telah digunakan untuk mendapat perhatian YAB Menteri Besar, YB Ahli Exco Kerajaan Negeri, YDP Presiden MPS, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, dua orang Ahli Majlis, ADUN Bukit Lanjan dan Ahli Parlimen Damansara, tetapi semua ini pun tidak mendapat efek. 

        Saya berharap Barisan Nasional akan lebih prihatin memandangkan mereka pun gagal sebelum ini, dan walaupun sudah menjadi Pembangkang di negeri Selangor, mereka ini hanya berdiam diri. Bagaimanakah orang-orang BN yang sama ini akan memberi jaminan mereka dapat berkhidmat lebih tekun dari pihak PH? Sila tunjukkan dan kami akan undi BN di Selangor. 

        Saya diberitahu bahawa Baginda Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin telahpun dikirimkan blog saya sebelum ini oleh seorang rakan, dan dengan izin Tuanku, patik merayu supaya Tuanku akan membuat lawatan ke tempat-tempat di bawah kerajaan negeri Selangor untuk melihat sendiri bagaimana prestasi negeri Selangor semakin merosot dan bandingkan apa yang dikerjakan di negeri Pulau Pinang. Ampun Tuanku kerana patik memang tidak pandai menggunakan bahasa yang betul melainkan apa yang dipelajari di peringkat sekolah. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun. 

Find out why Taman Rimba Templer is dirty. I have just received a feedback from a whistleblower. We do still have very conscientious ADUNs. 











Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?