Tiada Minat Untuk Menjaga Kebersihan Taman Rimba Templer




Monyet ambil sampah sehingga ke atas pokok: 
Monyet di sini banyak, tapi di manakah pegawai penguatkuasaan MPS?


        Nampaknya tidak ada minat pun pihak Majlis Perbandaran Selayang menjaga kebersihan di Taman Rimba Templer. 

        Rakan saya membuat lawatan minggu lalu dan mendapati tempat itu amat kotor sekali dengan sampah sarap. Seorang ADUN pun mendapat tahu bahawa pihak MPS gagal memperhaharui kontrak dengan kontraktor menyebabkan pekerja-pekerja terpaksa mencari kerja memotong rumput di tempat lain untuk mencari rezeki hidup. 


Klik untuk baca seterusnya 


        Baru hari ini rakan saya bersama pemberita Star Metro pergi sekali lagi. Ada rakan saya yang meminta meja Star Metro menghubungi saya untuk mendapat cerita sepenuhnya. Mereka pun rasa tidak puas hati dengan sampah-sarap di merata-rata tempat, serta prestasi kerja-kerja pengawasan oleh Majlis Perbandaran Selayang. 

        Ini keadaannya sepertimana saya terima gambar-gambar: 








Aduh! Guna tangan untuk membersihkan tempat selepas orang buang saja sampah-sarap di merata
Pekerja perlu keluarkan sampah satu persatu. Inikah caranya? Praktikal ke, YDP Majlis?
Sarapan pagi untuk monyet. Monyet pun pandai buka peti sejuk mereka.


Salah Siapa?

        Pekerja kontraktor bertungkus lumus membersihkan kawasan, tapi tempat kotor juga. Siapa yang bersalah?

        Saya percaya apabila ditanya, pihak PRO majlis akan memberitahu, ini masalah dengan orang awam. Tetapi adakah ini masalah orang awam atau masalah Majlis sebenarnya? 

        Sila fikirkan. Memang tabiat orang awam di Malaysia membuang sampah di merata-rata tempat sehingga negeri Selangor kini sudah menjadi Negeri Darul Sampah. 

        Tetapi bagaimana negeri Pulau Pinang boleh membuang imejnya sebagai sebuah negeri yang paling kotor? Gunalah sedikit otak, wahai PRO! 

        Masalah ini masalah Majlis sebenarnya. Masalah ini masalah Kerajaan Negeri Selangor, tetapi dalam pendapat saya bukan semua pegawai Exco kerajaan negeri tetapi hanya yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan. 

        Kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Selangor pun di bawah Kerajaan PH dalam tempoh yang sama. Ini sudahpun penggal ketiga (2+1 terms). 

        Memang selama ini pihak Majlis Perbandaran Selayang dalam lebih kurang 30 tahun saya mengikuti perkembangannya sejak lagi ianya di bawah YDP Tuan Kasjoo Kadis adalah paling teruk sekali. Dulu dipanggil Majlis Daerah Gombak (MDG) sehinggalah sekarang, MPS tidak ada sebarang perubahan dari segi prestasi kerja mereka. 

        Di antara tiga Majlis, DBKL dan MPS paling teruk sekali, sementara saya masih boleh memuji Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), yang kini sudah menjadi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

        Apabila pihak Majlis gagal menjalankan tugasnya, maka kerajaan negeri harus bertindak dan buat rombakan tetapi entah kenapa sehingga kini, saya tidak melihat perubahan-perubahan positif yang diheboh-hebohkan dalam blog ini. 

        Sebenarnya Menteri Besar Amirudin Shari dan Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Ng Sze Han boleh memanggil YDP dan ketua-ketua jabatan menulis lapuran dan berjumpa dengan mereka. 
    
        Entah samada ini dibuatnya atau biarkan saja pihak Majlis bermaharajalela. Sekiranya ini dibuat, kenapa pihak Majlis masih tidak menghiraukan masalah-masalah yang dibangkitkan? Ingkar perintah kerajaan negeri? Entahlah! 

        Dua negeri di bawah PH, sebuah negeri dapat terus maju, sebuah lagi bertambah teruk jadinya. Cuba fikirkan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab. 

Dijemput baca:


Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?