Banjir kilat: Warkah terbuka susulan warkah sebelum ini
Ampun Tuanku,
Patik dengan penuh rasa hormat dan takzimnya ingin mempersembahkan warkah makluman ini ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Terlebih dahulu, patik sekeluarga dan seluruh rakyat mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan, serta keafiatan berterusan selepas kembali pulih sepenuhnya daripada prosedur perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.
Berhubung isu yang berbangkit di kawasan Sungai Buloh, patik ingin mempersembahkan perkembangan terkini bahawa perkara ini telah mendapat perhatian dan tindakan segera daripada YB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusoff, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Selain itu, Ahli Parlimen Damansara, YB Gobind Singh Deo, turut tampil memberikan sokongan dan bantuan padu kepada penduduk serta rakyat di kawasan Sungai Buloh demi memastikan kesejahteraan mereka terus terbela.
Susulan tindakan keprihatinan tersebut, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memberikan maklum balas serta laporan maklum balas secara serta-merta kepada YB Dato' Sri Fadillah. Patik mohon perkenan Tuanku untuk mempersembahkan salinan maklum balas tersebut seperti berikut:
As Salam YAB Datuk Amar (Fadillah Yusoff)
Sebagai makluman,
1. Banjir kilat terkini di jajaran Sungai Buloh adalah di Jalan FT54, Jalan Kuala Selangor pada 20 April 2026.
2. JPS telah melaksanakan kerja quickwin dengan menaikkan aras floodwall di kawasan tersebut bagi mengelakkan limpahan Sungai Gasi.
3. Tindakan JKR & RAC juga diperlukan disebabkan sistem perparitan jalan yang terhad & aliran air tanpa kawalan dari kawasan KTM.
Sekian sebagai makluman YAB Datuk Amar.
Terima kasih
Patik sekalian amat menjunjung kasih di atas perihatin, naungan, dan kurnia panduan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta jajahan takluknya.
Ampun Tuanku, Beribu-ribu Ampun, Sembah Takzim daripada Patik.
Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,
Sembah takzim dimaklumkan bahawa isu banjir kilat di kawasan kawasan industri bersepadu Batu Caves masih belum menemui jalan penyelesaian yang tuntas.
Pengadu setempat masih hidup dalam keadaan bimbang dan terkesan dengan masalah ini yang berlarutan sejak sekian lama.
Patik rakyat memohon limpah perkenan Tuanku dan kerajaan negeri untuk menaruh perhatian terhadap perkara ini, agar pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Selayang (untuk kawasan industri Batu Caves) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (untuk kawasan Sungai Buloh) dapat mengambil tindakan segera dan komprehensif bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan rakyat di kawasan ini terus terpelihara.
Suzuki showroom
Segala perhatian dan keprihatinan Tuanku amatlah disanjung tinggi.
Kawasan Sg Buloh di bawah MBSA
Selain itu, sembah maklum juga bahawa kejadian banjir kilat sudah beberapa tahun ini semakin kerap melanda kawasan Sungai Buloh, khususnya di Jalan Union U1/19.
Patik sendiri telah turun padang melawat lokasi tersebut pada minggu lalu, di mana patik telah diperlihatkan dengan bukti-bukti keadaan banjir melalui gambar-gambar yang dirakamkan. Tiada gambar menunjukkan banjir sehingga ke paras pinggang. Seorang budak lelaki mati apabila dia terjatuh ke dalam longkang dan mayatnya dibawa arus yang deras dan hanya dijumpai lima jam kemudian.
Bersama-sama surat ini, patik dengan rendah diri ingin mempersembahkan gambar-gambar tersebut dan video ke hadapan Kebawah Duli Tuanku, sebagai bukti nyata akan kesukaran dan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan.
Patik amat berharap agar persembahan bukti ini dapat membantu pihak Tuanku dalam meneliti permasalahan yang semakin meruncing ini.
![]() |
| Jalan Union U1/19 Sg Buloh |










Comments
Post a Comment