Biar ini menjadi satu pengajaran untuk semua




Biar saya bermula dengan gambar ini. Apabila pengadu memberitahu saya tentang masalah ini, perkara ini dibisik-bisik kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Zahri Samingon. 

        Pegawai MBPJ melawat dan membuat kajian, serta mendapati memang ada masalah titik buta. Apabila kenderaan keluar dari bangunan ini, membelok ke kanan, ini memang satu titik buta kerana petak letak kereta (yang sekarang dikosongkan ini) selalu ada kenderaan yang besar seperti Toyota Alphard dan sebagainya. 

        Walaupun pengadu membayar untuk menyewa petak ini, dalam perbincangan saya dengan Datuk Bandar, saya kata, "Datuk Seri, semasa perancang bandar membuat perancangan tempat parkir, mereka tidak terfikir ada masalah ini. Jadi tidaklah memadai jika pengadu terpaksa membayar wang sewaan parkir ini." 

        Sebenarnya saya sudahpun menunjukkan penghormatan saya terhadap Datuk Bandar ini, seorang yang peramah serta berhemah. Inilah seorang ketua kerajaan tempatan yang kita hendak. 

        Datuk Bandar terus menjawab, kerana ternampak rasional saya, dan kata MBPJ akan pulangkan wang sewaan itu. TERIMAKASIH, DATUK BANDAR PETALING JAYA, kerana berlaku adil kepada pengadu. 

Bandingkan

        Sekarang berbalik ke bonggol-bonggol di sini. Selama dua atau tiga tahun sejak pandemik sehinggalah tahun 2023, saya terpaksa berkempen kerana Majlis Perbandaran Selayang selalu menyebut bonggol-bonggol ini dibuat atas permintaan Persatuan Penduduk. 

        Tapi bonggol ini menjadi masalah besar kepada kenderaan yang mempunyai dek rendah. Satu ketika selepas aduan tidak mendapat layanan dari pihak majlis, perkara ini dibawakan ke setiap peringkat di kerajaan negeri Selangor sehingga kepada Ahli Exco Kerajaan Negeri Ng Sze Han dan Menteri Besar Amiruddin Shaari. 

        Apabila ADUN Subang Jaya turun padang, sepatutnya beliau disertai oleh ahli exco Selangor, Ng Sze Han. Ini mengikut aturan oleh whip DAP, Ngeh Koo Ham, yang ini turn padang bersama, tapi saya kata, "Dato', tak payah. Dato terpaksa datang dari Ipoh, tak memadai." Sepatutnya ini tugas ahli exco Selangor yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan, Ng Sze Han yang enggan turun bersama Michelle Ng. 

        Selama ini, tidak seorang pun nak mendengar keluhan rakyat pengundi sehinggalah ahli parlimen Tony Pua diganti oleh Gobind Singh Deo, and Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elizabeth Wong diganti oleh Phua Pay Ling. 

        Namum ADUN Bukit Lanjan itu tidak peduli. Kerja dia senang saja: blok saja nombor telefon pengundi. 

        Ahli majlis lantikan Tony Pua juga tidak menghiraukan masalah ini.  Katanya dia akan hanya buangkan bonggol bermasalah kami ada 50 tandatangan dan cabar kita jangan pandu kereta Ferrari. Untuk pengetahuan semua, semasa Michelle Ng berada di sini, sebuah kancil yang memandu keluar dari persimpangan ini terhentak bawah kenderaannya dan Ng terdengar hentakan kuat ke atas kenderaannya. 

        Akhirnya, Gobind yang minta majlis menyelesaikan masalah di sini. Bonggol ini terus dibuang kerana sememangnya tidak berguna pun double hump ini. Cara pembinaan bonggol pun tidak dibuat dengan betul. Inilah sebabnya ia terpaksa dibuang. 
            



    
    Selapas itu, tidak pun ada masalah lagi, melainkan dua bonggol yang lain ditinggalkan oleh MPS. Bila saya telefon Gobind suruh mereka siap selesaikan dua bonggol ini sekali gus pada masa yang sama, dia kata, "Saya akan bawakan perkara ini kemudian." 

         Dua setengah tahun berlalu tapi janji tidak ditepati sehinggalah panel masuk ke Majlis Perbandaran Selayang dan saya dipanggil berjumpa bersama perngerusi persatuan penduduk. 

        Selepas itu, saya ingat MPS akan memperbetulkan bonggol-bonggol ini tetapi saya terperanjat bila mengetahui yang dua bonggol ini tidak termasuk dalam skop kerja. Yang diturap adalah bahagian jalan dan bonggol-bonggol yang memang tidak bermasalah pun! Trafik di sini tidak tinggi pun, tetapi kenapa dana yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibazirkan ke atas bahagian jalan yang tidak bermasalah sedangkan dua bonggol itu tidak diperbaiki? 




        Saya terpaksa bawakan aduan ini kepada pihak atasan, dan dua bonggol itu terus " diperbaiki. " Ketika itu saya ingat kontraktornya bagus, tapi nampaknya dia masih tidak menyelesaikan masalah dengan baik walaupun gambar ini sudah dihantarkan kepada YDP dan kontraktor yang menujukkan tanda-tanda tercalarnya dua bonggol ini oleh kenderaan walaupun ia belum dicat. 


        Tapi nampaknya aduan tidak juga dipeduli dan jawapan yang diberikan oleh YDP kepada Neow Choo Seong, seorang pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, menunjukkan YDP enggan menyelesaikan masalah tetapi berdegil dan katakan bonggol-bonggol ini mengikut spesifikasi. Aduan saya berdasarkan kepada calar-calar yang jelas kelihatan, dan sepatutnya kerja pembaikan dibuat terus. Namum aduan dibuat tidak langsung ditangani dengan baik oleh ahli parlimen, Gobind Singh. 

        Selepas dicat semula, gambar ini jelas menampakkan calar-calar ke atas bonggol-bonggol di sini: 


        Saya terpaksa berkempenlah. Saya seorang yang persistent. Perkara ini dibawakan kepada YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, serta Ketua Setiausaha kepada kerajaan persekutuan. Akhirnya kali pertama saya mendapat whatsapp dari Ketua Kejuruteraan MPS bahawa dia nak lawat ke tapak bonggol-bonggol yang menjadi masalah ini. Sebenarnya dia kata dia pernah turun sendiri dan lihat masalah ini. Tetapi sejak bulan Februari sehinggalah bulan Jun, baru dia turn tapak dan lihat sendiri calar-calar yang ada. 

        Calar-calar yang ada pada dua bonggol ini menang jelas menunjukkan bahawa inilah buktinya bahawa selama ini majlis tidak menghiraukan masalah sebenarnya. Inilah sebabnya untuk beberapa ketika mereka ini digelar `Little Napoleon', yang disebut-sebutkan oleh Allahyarham Tun Abdullah Badawi. 





        Tapi saya bersyukur akhirnya masalah ini hampir selesai. Saya harap selepas bonggol ini diperbaiki dengan betul, ia tidak akan menjadi masalah kepada pengadu-pengadu. Sepatutnya ini dibuat dengan lebih berhemah dan tidak menyusahkan penduduk setempat. 'Do it right the first time' - ini ajaran guru kualiti Bill Crosby. Buat kerja yang tidak betul dan diulang beberapa kali menelan perbelanjaan yang tinggi dan membuang masa. 




        Di tempat-tempat lain, apabila saya membuat aduan atau cadangan, kita dapat berbincang dengan baik. Lihat bonggol ini di Jalan Antoi 3 Kepong Baru. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ambil tindakan, kerana sekarang ada seorang Datuk Bandar yang bagus, Datuk Seri Maimunah Mohd Shariff. 

    
        Saya mengucapkan terimakasih kepada Datuk Bandar dan DBKL kerana sudi mendengar masalah apabila kereta saya terhentak pada bonggol sebelum ini yang terlalu tinggi. Fender saya perlu ditukar dan berharga lebih kurang RM400. 

        Yang lain saya lihat kedua-dua MPBJ and DBKL lebih memahami cara membina bonggol daripada MPS dan kontraktornya, Zarul yang sebelum ini saya puji. 

        
        Tidak pun perlu dibina begitu tinggi asalkan menjadi satu peringatan kepada pemandu bahawa mereka perlu berwaspada dan jangan memandu secara tergopoh-gapah. 

        Dua gambar ini saya kirimkan kepada ketiga-tiga orang: YDP Majlis Perbandaran Selayang, Ketua Jurutera Majlis, dan kontraktor yang dilantik untuk menurap jalan serta memperbaiki dua bonggol yang bermasalah. 

        Sebenarnya yang ini pun mencukupi. Saya tak faham kenapa perlu diperbelanjakan dana begitu tinggi untuk memperbetulkan bonggol. Apabila kedua-dua belah bonggol diturap sebegini pun tidak ada aduan selepas itu. 

        Selama 5-6 tahun saya berkempen baru masalah ini diselesaikan. Apakah ini menunjukkan sikap Majlis Perbandaran Selayang selama ini? Saya harap Kerajaan Madani akan memperbaharui PBT-PBT yang tidak berfungsi mesra rakyat supaya sejarah ini tidak akan berulang lagi. 

        Jikalau Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang bertaraf Dunia Pertama (First World), segala kemudahan asas perlu dipertingkatkan. Sila baca: https://come-to-senses.blogspot.com/2024/09/reform-local-government-if-we-want-to.html




Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

The Need for Intervention

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates