Budaya kerja terlalu leka yang harus diperbaiki

Sekali lagi, saya terpaksa membangkitkan isu ini. Teguran telah berulang kali dibuat, namun saya yakin Pengarah Pembersihan Bandar serta Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak pernah turun padang untuk melihat sendiri situasi sebenar di tapak.


Mengikut maklumat yang saya terima, seorang pemilik kedai telah membuat aduan rasmi melalui Aduan@mps.gov.my pada tahun ini. Pihak KDEB Waste Management memang ada datang membuat pembersihan dan menyedut mendapan longkang. Namun, belum pun setahun berlalu, masalah yang sama berulang kembali — longkang kini kembali tersumbat dengan sampah dan mendapan.

    



Isu ini tidak akan berlaku sekiranya Pengarah Pembersihan Bandar dan YDP MPS rajin turun padang dan memantau secara berasas. Pendekatan ini pernah dibuktikan oleh bekas Datuk Bandar MBPJ yang mengamalkan prinsip Management by Walkabout (MBWA) untuk memastikan tadbir urus kawasan berjalan lancar.


Saya telah mengdokumentasikan pemerhatian ini di dalam blog, selain mencadangkan agar pihak penguat kuasa kerap melakukan rondaan atau menempatkan seorang pegawai secara tetap di Pasar Borong Selayang. Bagi memastikan aduan ini mendapat perhatian dan direkodkan secara rasmi, pautan blog ini turut saya kemukakan melalui SISPAA.

Andaikata pengarah pembersihan bandar serta YDPnya sendiri turun tapak dan pantau sendiri, ini tidak akan berlaku. 

Begitu cara Datuk Bandar MBPJ sebelum ini. Beliau sendiri pantau apa yang berlaku dekat tapak untuk melihat sendiri apa yang berlaku di kawasan bandar Petaling Jaya. Ini yang disebut MBWA - Management by Walkabout. 

Saya telah mengdokumentasikan pemerhatian ini di dalam blog ini, selain mencadangkan agar pihak penguatkuasa kerap melakukan rondaan atau menempatkan seorang pegawai secara tetap di Pasar Borong Selayang. 


Bagi memastikan aduan ini mendapat perhatian dan direkodkan secara rasmi, pautan blog ini turut saya kemukakan melalui SISPAA.


Malangnya, Pengarah Pembersihan MPS bukan sahaja gagal memahami isu teras yang dibangkitkan, malah sekadar mengarahkan KDEB membersihkan sampah pukal yang dipaparkan dalam blog. Keadaan menjadi melucukan apabila penyelia KDEB menghubungi saya semata-mata untuk bertanyakan lokasi sampah tersebut — yang sebenarnya telah pun mereka bersihkan sebelum itu.


Saya membuat teguran ini bukan untuk mencari kesalahan, tetapi kerana sikap tidak ambil peduli yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan warga kerja MPS. Nampaknya, tindakan hanya diambil apabila menerima arahan terus daripada DYMM Sultan Selangor, Menteri Besar, atau Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Banyak tikus

Apabila longkang penuh dengan sampah dan sisa makanan, maka tikus akan merebak, tapi adakah MPS dan PBT lain mengambil langkah menangkap tikus dengan cara yang mudah dan efektif seperti cara yang dikongsikan dalam media sosial?



 






Comments

Popular posts from this blog

Pasar Borong Selayang

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah

IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI: Pengawal sekuriti tidak dibenarkan duduk semasa bekerja syif 12 jam mereka