Cerita Susulan Pasar Borong Selayang
Saya menerima satu panggilan daripada seorang penyelia KDEB pagi semalam (Julai 1, 2026) menanyakan di mana sampah haram di pasar borong.
Saya pun terperanjat tetapi di sini akan jelas kelihatan sikap kerja oleh pihak berkuasa tempatan. KDEB disuruh bersihkan sampah haram yang sudah mereka bersihkan dalam gambar yang disertakan di sini.
Sebelum ini saya cuba memasukkan penulisan blog saya ini berkenaan dengan pasar boring Selayang di mana Bahagian Kuala Lumpur dijaga dengan bersih tetapi di Bahagian MPS, KDEB sering dijadikan kambing hitam.
Saya hanya membuat perkara ini secara rasmi dalam SISPAA sebagai rekod (PCB.359448) supaya kemudian hari bila perlu dirujukkan semula, saya dapat membekalkan bukti bahawa pihak majlis sudahpun tahu masalah tentang pembuangan sampah di Kawasan MPS. Sultan Selangor sendiri pernah menzahirkan kedukacitaan Baginda berkenaan dengan keadaan di negeri Selangor yang amat kotor. Untuk saya, ini sungguh memalukan apabila saya diberitahu bahawa satu pasar borong itu ada dua prestasi kebersihannya: Bahagian Kuala Lumpur bersih, bahagian Selayang kotor.
Jelas kelihatan yang menyantuni maklumbalas saya di MPS kepada Biro Pengaduan Awam langsung tidak peduli membaca, nampak saja perkataan ‘sampah haram,’ jari dituding kepada KDEB. Selepas ini, mungkin pegawai penguatkuasa akan muncul di sana, kamera akan mula klik-klik, tetapi adakah ini efektif?
Memang lama saya perhatikan ini cara pegarah-pengarah MPS menjalankan tugas mereka. Longkang penuh dengan mendapan mesti ada sebab nya, tapi KDEB yang dikambinghitamkan. Itu sebab dalam blog saya, saya cuba memberi teguran kepada MPS supaya mengikut contoh yang dibuat oleh pihak SWCorp. Mereka menyamar seperti orang biasa dan bila kutu sampah beroperasi, mereka akan terus disaman.
Hairuddin Daud sebagai Pengarah Perkhidmatan Bandar MPS seharusnya tahu bagaimana menyelesaikan masalah sampah haram. Kalau tidak berpengalaman, saya sudahpun membekalkan contoh-contoh yang dikongsikan kepada saya oleh SWCorp.
Tujuan saya sebenarnya untuk memperbaiki keadaan pasar borong Selayang yang tidak terjaga dengan masalah pembuangan sampah di bahagian Selayang pasar borong tersebut.
Blog saya juga disertakan di dalam aduan saya namun Hairuddin seharusnya membacanya dengan teliti sebelum mengarahkan penyelia KDEB bersihkan sampah. Jika melihat blog saya memang gambar-gambar yang dipaparkan telah pun disantuni oleh KDEB dengan baik, tetapi masalah ini bukan KDEB tak buat kerja tetapi masalah kutu sampah. Tanpa penglibatan pihak penguatkuasa MPS masalah sampah di pasar borong Selayang tidak akan dapat diseleasaikan.
Saya sarankan pihak MPS membuat kerja pemantauan dan bukannya KDEB kerana pihak penguatkuasa MPS yang boleh keluarkan saman terhadap kutu sampah.
Jikalau masalah sampah haram tidak diselesaikan oleh pihak MPS, maka kebersihan pasar borong kita akan terjejas walaupun di Bahagian Kuala Lumpur bersih. Sudah tiba masanya untuk MPS mengambil tindakan untuk memastikan pasar borong terjaga dengan baik. Jangan pula saya dipersalahkan kerana saya tidak memberitahu pihak penguatkuasa. Yang bertanggungjawab atas kebersihan kawasan di bawah Selayang masih di dalam tangan pengarah pembersihan bandar dan Yang DiPertua Majlis,bukannya kontraktor yang dilantik.



Comments
Post a Comment