Bangkit Sendiri: Apabila Rakyat Marhaen Mengambil Alih Tugas Pihak Berkuasa




Sebelum ini sila lihat gambar-gambar dalam
Blog ini.


Bila aduan demi aduan dipandang sepi, rakyat marhaen tiada pilihan selain bertindak sendiri. Bukan saja di Rawang tetapi di pasar borong Selayang jelas kelihatan perbezaan kerja menjaga kebersihan dijalankan. Tidakkah pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya lebih serius dalam menjunjung titah Sultan Selangor, yang sebelum ini telah menzahirkan rasa dukacita terhadap keadaan semasa di negeri ini?


Inilah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh komuniti setempat apabila berhadapan dengan isu lambakan sampah haram yang kian membarah. 


Walaupun pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), telah berkali-kali digesa dan dimaklumkan bahawa satu-satunya jalan keluar untuk menewaskan kutu sampah korup ini adalah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan berterusan, namun gerak-kerja yang ditunjukkan tersangatlah perlahan dan tidak menampakkan hasil yang nyata.

Kenapa ini perlu berlaku?

Enggan terus hidup dalam limpahan sisa toksik, bau busuk, dan ancaman penyakit, ada rakyat negeri Selangor biasa kini tekad menggalas tanggungjawab tersebut di bahu mereka sendiri.


"Kami dah penat menunggu. Kalau harapkan tindakan yang suam-suam kuku, sampai bila-bila pun kawasan kami akan terus jadi lubuk sampah haram."


Langkah Drastik Komuniti Menentang Korupsi Sampah Haram


Ronda Sukarela Malam (Skim City Watch): Di Kawaaan seorang rakyat negeri Selangor telah mula melakukan apa yang perlu dilakukan pada waktu lewat malam dan awal pagi—waktu puncak di mana kutu-kutu sampah haram sering menceroboh tetapi adakah pihak MPS mengambil tindakan sewajarnya apabila bukti sudah diserahkan. Entahlah, kerana apabila video ini diserahkan kepada Yang DiPertua Majlis, beliau diam saja walaupun di tanya samada saman akan dikeluarkan. Pihak atasan perlu siasat samada kutu sampah ini sudah dikenakan saman atau pihak PBT sendiri tidak peduli langsung.



     Tindakan berani warga Selayang ini adalah bukti jelas bahawa kuasa rakyat mampu bergerak lebih laju daripada birokrasi yang lembap. Sambil mereka terus berjuang di lapangan, gesaan tetap dilaungkan agar MPS bangkit dari tidur, membanteras elemen sampah haram, dan melaksanakan penguatkuasaan tegas demi maruah dan kesejahteraan kawasan Selayang antara perbandaran yang paling banyak sampah haram di negeri Selangor. Masalah kelembapan PBT biasanya berpunca dari YDP sebagai pegawai tertinggi sendiri. Oleh itu, saya berharap YDP MPS akan lebih tekun berkhidmat demi kesejahteraan dan kelestarian Selayang  dan negeri Selangor. 



Comments

Popular posts from this blog

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah

Pasar Borong Selayang