Perkara 1: Pencuci kereta haram di kawasan di bawah MPS

 


Selepas memberi satu ujian tanpa diketahui oleh kedua-dua pegawai tertinggi -- Datuk Bandar Petaling Jaya, Zahri Samingon dan Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Shahman Jalaludin, saya memuji Datuk Bandar Petaling Jaya. 

Di sebaliknya saya akan meneruskan dokumentasi saya terhadap MPS, terutama sekali YDPnya yang antara sebab saya termasuk buka semula blog ini. 

Pada 30hb September, 2025, saya telah menyeneraikan beberapa masalah yang saya akan bangkitkan semula dengan pihak MPS. Senarai tersebut dihantar kepada YDP yang saya harap akan usahakan dengan baik.

Di sini saya akan uraikan satu persatu masalah yang saya telah bangkitkan. 

Perkara 1. Kemunculan banyak tempat mencuci kereta secara haram di kawasan di bawah penyelian Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Saya faham bahawa mereka ini dari golongan B40 dan perlu cari makan; jadi saya minta Tuan YDP mengikuti tauladan Datuk Bandar Petaling Jaya carikan tempat 
yang lebih sesuai seperti dewan orang ramai yang kurang digunakan dan kosong untuk mereka beroperasi supaya tidak kehilangan rezeki.



Walaupun dekat Perindustrian Batu Caves (di atas), pengusaha cuci lori sudah dipindahkan, ini pun kerana saya menulis berkenaan dengan masalah di sini untuk beberapa kali.


Tetapi samada sudah dicarikan tempat atau hanya setakat dihalau saja dengan menggunakan alasan saya sebagai pengadu, saya tidak tahu.

Saya hanya setakat salurkan masalah orang dekat situ kerana pihak Majlis tidak mengindahkan aduan mereka, seperti dalam kes banjir di tempat yang sama dan saya tidak mahu, apabila pengadu membuat aduan, pihak penguatkuasa pergi ke kedai pengadu beramai-ramai untuk mencari masalah. 

Saya harap Kerajaan Negeri Selangor, terutama sekali ahli jawatankuasa kerajaan negeri, Ng Suee Lim dapat memantau kerja-kerja MPS dengan telus. Kami hanya ingin memastikan sebarang perniagaan itu yang dijalankan tidak merosakkan imej sesebuah kawasan atau menghalang jiran-jiran setempat beroperasi. 

Ini sepatutnya tugasan MPS, tak perlu pun ditegur. Sememangnya apabila majlis atau kontraktor seperti KDEB menjalankan tugas mereka dengan baik, aduan tidak akan wujud. Malah orang ramai akan memberi thumbs-up kepada pihak majlis. 

Lihat pujian saya kepada MBPJ dan pengarah lanskap MPS. Jangan kata saya berat sebelah, tetapi berbanding dengan pengarah lanskap yang mengharumi nama MPS, YDPnya walaupun baru tidak menunjukkan tauladan yang baik sejak dari mula lagi. Ini menyebabkan saya terpaksa buka semula blog ini mendokumenkan segala aduan yang tidak dihiraukan.

Komunikasi dari YDP sendiri, berbanding dengan Datuk Bandar Petaling Jaya juga tidak bagus, menyebabkan kami tidak tahu tentang status samada aduan sudah ditangani dengan baik. Untuk pengadu, mereka hanya ingin tahu samada masalah sudah selesai atau tidak. 

Seharusnya tanpa sebarang aduan, pihak majlis terutamanya YDP perlu sering turun padang dan pastikan kerja penyelenggaraan dibuat dengan baik demi menjaga kawasan di bawah penyeliaannya. Barulah kawasan tersebut menjadi sebuah bandaraya. Saya perhatikan Datuk Bandar Petaling Jaya turun padang lebih dari sekali seminggu; kadang-kadang di tengah malam, beliau pun turun padang  bersama warga MBPJ. 

Saya perhatikan pencuci-pencuci kereta masih kekal beroperasi dekat Kawasan Industri Ehsan (tempat nampak sesuai tapi kotor), Aman Puri (belakang Jalan Desa 2/1), Wangsa Permai (kawasan kedai). 

Walaupun masalah ini juga dibangkitkan kepada ahli majlis Zon 23, Calvin Chong, namun tidak ada tindakan untuk tar balik jalan yang sudah dirosakkan oleh pencuci kereta haram. 



Hanya pencuci kereta di KIP yang beroperasi dekat tepi jalan, sekarang sudah dipindahkan ke parkir medan selera Syabas! Yang lain, ahli majlis serta MPS perlu carikan mereka tempat yang sesuai untuk beroperasi. 


Perkara-perkara lain: 

⁠2. Jalan-jalan sehala (klik)

⁠3. Petanda jalan yang tidak dicat semula

⁠4. Kebersihan kawasan dan pembuangan sampah haram oleh kedai-kedai, kontraktor dan kilang-kilang. Cctv ada tapi berapa saman dikeluarkan?

5. Longkang yang tidak dijaga dengan baik serta rosak. Longkang yang penuh dan busuk seperti di Batu Caves dan Sg Buloh

⁠6. Meja kerusi restoran yang menggunakan tempat parkir




Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah

A revealing truth about myself