Sehingga ke tahap mana MPS boleh membenarkan semua ini berlaku di negeri Selangor?

 




Sekiranya sesuatu aduan disalurkan kepada seorang Yang Di-Pertua, seharusnya perkara itu disantuni dengan baik. 

Ini terutama sekali kerana ianya berbentuk aduan di mana operasi mencuci kenderaan dijalankan secara haram di tempat-tempat yang tidak seharusnya mereka beroperasi. 

Sekiranyalah aduan itu disalurkan kepada YBr Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya mahupun Datuk Bandar Kuala Lumpur, masalah ini memang sudahpun diselesaikan dengan baik. 

Tetapi dengan YDP Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Tn Shahman Jaludin, kenapa perkara ini dibiarkan berterusan saja? Adakah ini antara sebabnya kawasan di bawah MPS memang bertambah buruk sekali dengan sampah-sampah haram, tempat mencuci kenderaan secara haram di tempat-tempat sesuka hati.

Inilah yang amat memalukan kepada Kerajaan Negeri Selangor, di mana aduan-aduan dalam blog ini adalah didokumentasikan selama ini untuk menunjukkan prestasi negeri Selangor sekarang. 

Saya telah memberi teguran kepada YDP Majlis bahawa banyak tempat mencuci kenderaan muncul di kawasan jagaan MPS. Sepatutnya MPS perlu menyantuni masalah ini dengan baik, dan carikan tempat yang sesuai untuk mereka mendapat rezeki. 

Saya telahpun sarankan YDP mencontohi Datuk Bandar Petaling Jaya yang menjalankan tugas beliau dengan baik, iaitu merobohkan struktur-struktur yang dibina secara haram, tetapi beliau juga faham penjaja-penjaja ini perlu mencari rezeki. Datuk Bandar Zahri Samingon seterusnya akan memberitahu penjaja bahawa tempat yang lebih sesuai sudahpun disediakan. 


Perkara ini dikongsikan pada Oktober 4, 2025, tetapi pagi tadi (Oktober 17, 2025), masalah mencuci lori besar di belakang kedai-kedai dekat kawasan industri bersepadu Batu Caves masih lagi dijalankan. 


Segala tindakan YDP Majlis akan merosakkan imej negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju dan makmur. Sila lawat blog ini untuk melihat apa yang berlaku di negeri Selangor selama ini, terutamanya di kawasan di bawah MPS. Beberapa lagi perkara akan dibangkitkan kerana masalah penduduk sudah diberitahu tetapi selama ini tidak sebarang tindakan. 

Masalah-masalah juga dimasukkan ke dalam portal Biro Pengaduan Awam (BPA) tetapi setiap jawapan yang dibuat adalah lebih kurang standard, tetapi kerja, adakah pihak BPA pantau secara teliti? 









Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates

The Need for Intervention