Perkara 2 Jalan Sehala dan sampah merata-rata tempat
Sepertimana disebutkan, YDP Majlis Perbandaran Selayang Shahman Jaluddin adalah antara sebab saya buka semula blog saya.
Walaupun sudah diberi peluang untuk membuktikan dirinya, saya mendapati pendekatannya jauh berbeza berbanding dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Dato’ Zahri Samingon.
Walaupun Shahman tahu aduan penduduk setempat adalah berkenaan dua bonggol yang ditinggalkan dua tahun lalu, tapi peruntukan yang diberi oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak digunakan untuk memperbaiki dua bonggol yang bermasalah.
Apabila aduan dibuat kepada pihak atasan di peringkat negeri, walaupun kerja pembaikan seharusnya dibuat, kedua-dua bonggol itu ditar semula menjadi lebih tinggi dan menyusahkan penduduk setempat, sehinggalah tekanan diberi dari pihak atasan dan tiba-tiba jurutera Majlis ingin jumpa saya untuk berbincang.
Kehadiran jurutera tersebut disambut baik; bagaimanapun, YDP sendiri tidak langsung munculkan dirinya. Tidak apa, asalkan masalah diselesaikan dan pengadu tidak perlu menghadapi bonggol-bonggol yang terlalu tinggi.
Dengan cara YDP ini menangani aduan, jelas ternampak bahawa dia tidak langsung prihatin terhadap masalah pengadu, malah kenampakan dia hanya sengaja membawa kerumitan untuk pengadu.
Saya meminta pihak KPKT membuat tinjauan jika dana itu diberikan oleh KPKT dan kenapa bonggol tidak diperbetulkan walaupun itu adalah punca utama aduan oleh penduduk-penduduk.
Sebenarnya permintaan Penduduk setempat tidak susah, hanya tarkan di kedua-dua bahagian bonggol supaya tidak terlalu tinggi serta merosakkan bahagian bawah kereta.
![]() |
| Ini permintaan dari kami. Perkara mudah ini menjadi masalah dan punca utama aduan-aduan yang dibuat selama ini selain daripada sampah sarap |
Permintaan ini hanya setakat buat begini, tak banyak pun dana perlu diperbelanjakan, tapi kenapa YDP ini asyik enggan berbuat apa yang diperlukan tetapi suka menggunakan anak buahnya buat kerja yang bukan-bukan seperti mengukur ketinggian bonggol?
Jika tidak ada masalah, kenapa akhirnya perlu diperbetulkan juga bonggol-bonggol di sini? Selepas diperbetulkan, adakah penduduk masih membuat aduan? Tidak!
Apa tujuan sebenar YDP ini untuk mengambil masa yang berpanjangan sebelum menyelesaikan aduan yang dibangkitkan, sehingga ia terpaksa melibatkan ahli-ahli exco kerajaan negeri serta Menteri Besar Selangor?
Kerja ke atas dua bonggol ini kena dibuat kali kedua sebelum diperbaiki dengan baik selepas 5-6 tahun aduan dibuat kepada setiap peringkat termasuk dua ahli parlimen Damansara (DAP) dan dua ADUN Bukit Lanjan (Bukit Lanjan), DAN terpaksa melibatkan orang-orang atasan dekat kerajaan persekutuan sebelum ianya diperbaiki sedangkan apa yang hanya perlu adalah tarkan depan dan belakang bonggol supaya ia tidak terlalu tinggi.
Kerja bina semula pun tidak dibuat dengan baik, dan kena dikorek balik. Inilah ketirisan yang disebut oleh Perdana Menteri, tetapi tidak dipatuhi. Ahli exco dan MB pun tak peduli, jadi apa reformasi ke atas kerajaan tempatan dan apa tindakan seharusnya diambil ke atas kerja-kerja ketirisan serta membuat pengadu marah?
![]() |
| Membazirkan wang dan menyusahkan pekerja buat dua kali |
![]() |
| Rosak kereta orang kerana kerja penjawat awam jenis Little Napoleon |
Andaikata saya mengambil masa untuk memberi pencerahan kepada Ng, tetapi beliau masih enggan menyelesaikan masalah-masalah yang dibangkitkan, maka tidak akan selesai masalah yang menjadi 'thorn in the flesh.'
Ng sepatutnya tanyakan kenapa pula bonggol yang tidak bermasalah ditar balik, dan jalan tidak rosak, ditar semula sementara dua bonggol yang bermasalah tidak diperbaiki walaupun kerjanya mudah saja. Begini…dah siap!
![]() |
| Ini permintaan dari kami. Perkara mudah ini menjadi masalah dan punca utama aduan-aduan yang dibuat selama ini selain daripada sampah sarap |
Apakah tujuan utama YDP dan beberapa pengarah MPS berbuat perkara yang seolah-olah untuk menjadi masalah kepada pengadu?
Jalan Sehala
Di seluruh Fasa 1 di bawah penyeliaan MPS hanya ada sepuluh jalan keseluruhannya, tetapi cuma dua jalan yang dijadikan jalan sehala.
Perancangan jalan sehala ini juga tidak dibuat dengan baik kerana ia sememangnya pernah dipertikaikan banyak kali kerana tidak ada keperluan sebenarnya.
Untuk sebuah kawasan dengan hanya 812 rumah sepatutnya jalan-jalan tidak boleh ditutup untuk memudahkan penyuraian trafik dengan baik.
Sistem yang diimplementasikan oleh YDP MPS ini bukan saja mengelirukan malah pengawal sendiri pun tidak mengikut sistemnya. Kami tidak salahkan mereka tapi sistem jalan sehala ini memang tidak masuk akal sama sekali.
Apabila ditanya, saya diberitahu bahawa keputusan menukar jalan-jalan tersebut kepada jalan sehala sudah dibuat sejak tahun 2013. Tetapi kenapa satu keputusan pada tahun 2013 tiba-tiba diimplementasikan pada zaman YDP sekarang?
Gambarajah menunjukkan apabila seseorang yang tinggal dekat A nak keluar bersarapan bersama rakan yang tinggal dekat B, maka dia terpaksa Buat beberapa pusingan untuk mengangkat rakannya dari B serta membawa dia pulang ke B selepas minum teh tarik di kedai mamak.
![]() |
| Lihat hala Truk KDEB dan signage jalan do sebelah kiri |
Bagaimana lori besar dapat lalu dengan penutupan satu lane?
![]() |
Apa tujuan utama Tuan Shahman walaupun beliau tahu ini akan menyebabkan pengadu ini berkempen terhadap kerajaan negeri? Kerajaan negeri juga perlu faham bahawa jika YDP ini terus dengan caranya, lebih banyak lagi masalah akan timbul dan melibatkan kerajaan negeri.
Tong Sampah
Cukai taksiran dinaikkan sehingga 25 peratus tahun 2026.
Permulaan tahun 2025, saya dihantarkan secara Whatsapp apa yang dicadangkan oleh MPS, di mana antaranya termasuklah tong sampah beroda, tetapi sehingga bulan November, satu tong sampah pun tidak ada dibekalkan kepada penduduk.
Selama 30 tahun ini, MPS tidak langsung membekalkan satu tong sampahpun. Ke manakah semua wang itu pergi?
Patutlah orangramai membuang sampah di merata-rata tempat selama ini. Ini adalah satu kegagalan MPS, dan YDPnya sendiri.
Tong sampah di dalam plan tahun 2025 tapi hanya mula diedarkan bulan Disember 2025, sedangkan pembuangan sampah secara haram itu menjadi satu masalah besar kepada penduduk setempat. Itu boleh buat tak tahu, sehinggalah baginda Sultan Selangor murka pada hari sambutan kelahiran baginda.
Janganlah sehingga berlaku seperti di negeri Perlis, di mana Raja Perlis serta Allahyarham Tun Abdullah A. Badawi memberi gelaran "Little Napoleon."
Perlu YDP yang Prihatin
Sebenarnya, jika kita mempunyai seorang YDP yang betul-betul prihatin, kita tidak perlu pun membuat sebarang aduan pun, cuma bisik saja kepada beliau seperti yang berlaku di Petaling Jaya dengan Datuk Bandar Zahri Samingon atau dengan pengarah lanskap MPS, Tuan Mokhtar Affandi.
Tapi dengan YDP yang tidak prihatin, aduan dibuat 100 kali, sampai aduan sebegini perlu dibuat ke peringkat tertinggi barulah aduan ditangani dengan baik, ini memberi gambaran bahawa kerajaan tempatan gagal dalam fungsinya, dan majlis tempatan sebegini seharusnya dibuat rombakan supaya orang baru diberi peluang naik pangkat.
Di manakah reformasi Kerajaan tempatan sebelum dan selepas 2008 walaupun sudah ada enam ahli exco dari DAP sendiri masalah dengan majlis-majlis sama seperti sejak 1980an.























Comments
Post a Comment