Kenapa saya buka balik blog ini?

 

BLOG INI adalah untuk menunjukkan betapa teruknya Selangor sejak pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shaari. Tetapi sebenarnya, apa yang berlaku bukan hanya di setakat Exco, malah lebih teruk di peringkat kerajaan tempatan. 

        Perbezaannya adalah mereka yang dipilih mengisi kerusi-kerusi yang penting seperti Yang Di-Pertua Majlis (YDP) dan pengarah-pengarahnya. 

        Ini satu contohnya. Untuk selama lima tahun saya terpaksa sampai berkempen terhadap Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk pihak MPS memperbetulkan beberapa bonggol di sini. 

        Saya diberitahu yang bonggol itu mengikut spesifikasi. Misalannya, bonggol ini diukur oleh pekerja MPS di bawah dan katanya mengikut spesifikasi. 

    

        Tapi kenapa dua bonggol dalam jarak begitu dekat? Dan kenapa ada tanda-tanda pada bonggol yang tergores. Tidakkah ini cukup menjadi bukti yang beberapa bonggol di sini ada masalah? Kenapa penjawat awam ini terus berdegil dan mengatakan tidak ada masalah?



        Walaupun perkara ini pernah dilapurkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shaari, mantan Ahli Exco Kerajaan Negeri Ng Sze Han, YDP MPS sebelum ini, Mohd Yazid Sairi dan ahli-ahli majlis pada ketika itu, Ng Wei Keong dan sekarang, Calvin Cheong, namum mereka tidak langsung menghiraukannya?

        Sehinggalah perkara ini diperbesarkan dan hanya beberapa bulan selepas PRU14, baru ahli parlimen YB Gobind Singh Deo cuba menyelesaikan masalah ini, tapi hanya separuh beres. Yang lain, dia janji akan buat tapi sampai kini, tidak dibuatnya. 

        Jika MPS kata bonggol-bonggolnya mengikut spesifikasi, kenapa perlu buat kerja memperbaiki dua dari bonggol-bonggol ini? Selepas itu, ada tak saya buat sebarang aduan tentang bonggol-bonggol dekat sini? 


        Kerja sebenarnya tidak susah, tapi kerana ada orang yang degil ("Little Napoleons"), maka berlakulah masalah sampai saya terpaksa berkempen untuk tiga tahun sebelum bonggol-bonggol ini diperbaiki. Cuma tar saja kedua-dua belah supaya kecondongannya tidak akan merosakkan dek kereta orang. Susahkah kerja ini? 


Maklumkan masalah beberapa bonggol lain kepada YDP baru

        Perkara ini dibawakan kepada YDP Majlis Shahman Jalaludin yang baru dengan budi bicara yang baik, kerana saya berharap beliau akan lebih prihatin dan faham masalah sebenarnya, tapi nampaknya tidak ada niat pun untuk menyelesaikan masalah bonggol-bonggol ini. 

        Gambar ini dikirimkan seperti berikut: 


        Video pun disertakan bersama untuk menunjukkan bahawa dengan hanya dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak dek kereta ini pun hampir kena bonggol ini no 1. 
        

        
Hari ini bersamaan 25hb Oktober 2024, dia turun padang. Dia hanya akan betulkan satu saja bonggol. Tapi bila saya cuba tanyakan samada beliau pergi ke jalan ini untuk melihat sendiri, tidak berani menjawab sebab saya tahu beliau tidak langsung ke sana. Jika ke sana, dan saya dijemput, saya akan tunjukkan kesan-kesan yang ada. 




     Kerana YDP ini tidak percaya, apabila kereta saya dihantar untuk tukar minyak engin, saya tanya kepada mekanik mana kesan-kesan kereta saya terkena bonggol. 


        

Perbandingan  

        Jauh beza sikap (attitude) YDP Majlis Perbandaran Selayang ini dengan Datuk Bandar Majlis Perbandaran Petaling Jaya yang saya jadikan contoh kepada YDP-YDP yang lain. 



        Blind spot dekat persimpangan-persimpangan di Petaling Jaya perlu diperbaiki. Beliau dapat lihat terus beliau ambil tindakan yang sewajarnya tanpa mempertikaikannya atau membuang masa. Gaji penjawat awam dibayar dengan cukai rakyat.


        YDP Majlis Perbandaran Selayang turun padang tapi hanya setakat di bilik pengawal, tapi tidak pergi ke tempat yang dilapurkan kepadanya. Lepas itu kata dia akan perbaiki hanya satu bonggol dekat bilik pengawal, sedangkan saya mendapat makluman dari orang awam di satu pun ada dua bonggol yang menjadi masalah untuk kenderaan-kenderaan yang melaluinya. 
        
        Ini pun gambarnya selepas dimaklumkan oleh orang awam: 

Bonggol 3 


Bonggol 4


Kenapa bonggol-bonggol ini saja?

        Banyak bonggol-bonggol yang lebih tinggi dari kesemua bonggol di sini, tapi kenapa saya tidak mengalami masalah? 

        Misalannya, bonggol dekat Epson Precision di Persiaran Industri Sri Damansara jauh lebih tinggi, tapi kenapa tidak menjadi masalah untuk kenderaan yang sama?

       Dekat Sri Hartamas / Mont Kiara, saya juga dapati DBKL memperbaiki bonggolnya dengan cara melebarkannya.  Mungkin ada orang yang buat aduan atau pegawai DBKL sendiri tahu masalah ini. 


      Cuma YDP ini saja yang enggan dengan masalah yang diberitahu kepadanya. Kebiasaan ini adalah kerana tidak ada pengawasan dari Kerajaan Negeri. Banyak masalah di Selangor disebabkan sistem yang ada tidak berfungsi bila orang yang dilantik tidak peka kepada aduan yang diterima. Jikalau bonggol ini tidak menjadi masalah, kenapa saya perlu panjang lebarkan masalah ini? 

        Kalau nak disebut degil nanti dia marah, tapi apa yang perlu dibuat hanya lebarkan sajalah bonggol tersebut. Kalau setakat ini saja sudah menjadi masalah, tak berguna saya berbisik kepadanya masalah-masalah yang dialami orangramai. Itulah sebabnya saya buka semula blog ini. 

        Tuan YDP Majlis Perbandaran Selayang perlu dipantau lebih mendekat terutama pengarah-pengarahnya. Hanya seorang pengarah saja yang saya dapati jauh lebih baik daripada yang lain. Bukan kerana beliau menjaga hati saya, kerana saya seorang rakyat biasa seperti orang lain, tapi beliau lebih peka dalam menyelesaikan masalah. 

        Pantauan terhadap MPS akan terus dibuat di sini. Selama ini lihat prestasi kerja mereka: 





        Itu sebabnya Kerajaan Madani perlu meminda Akta Kerajaan Tempatan dan memastikan hanya mereka yang mempunyai sikap berkhidmat kepada masyarakat yang dipilih menjadi YDP atau Datuk Bandar. Jika tidak, masalah yang dihadapi oleh penduduk akan menjadi sebab kenapa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan turut dimarahi oleh orang awam. Dalam pemikiran orang awam, semuanya kerajaan juga, tidak kira kerajaan persekutuan, kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan.

        Negara tidak akan maju jika adanya majlis-majlis yang terus mengabaikan masalah-masalah penduduk. 






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?