Masalah pembuangan sampah haram di Selangor
Masalah pembuangan sampah haram semakin membimbangkan, tetapi yang lebih membimbangkan adalah cara sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengatasi masalah ini.
Saya ingin bertanyakan kepada Kerajaan Negeri Selangor, apakah tindakan dibuat selama ini untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram di negeri Selangor?
Jika setakat hanya mengarahkan KDEB membersihkan kawasan selepas mendapat aduan, atau hanya meletak CCTV, ini nampaknya tidak berkesan tetapi kenapakah Menteri Besar Amiruddin Shaari dan ahli exco kerajaan negeri Selangor seperti Ng Suee Lim tidak mengarahkan PBT menjalankan operasi sampah haram apabila terdapat 'hotspot' sampah haram?
![]() |
CCTV ada dipasang tapi pembuangan sampah berterusan |
Bukannya tak tahu caranya
Sebelum ini saya pernah memuji pihak KDEB dan MPS apabila apa yang mereka lakukan perubahan di Desa Jaya, yang sekarang ini nampak lebih cerah. Tetapi banyak lagi tempat yang menjadi pembuangan sampah, dan ini mencerminkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan yang kurang berwibawa terhadap aduan orang ramai.
Oleh kerana Ops Sampah Haram dijalankan secara berterusan di banyak negeri di bawah penyelian mereka, SWCorp telah dapat membanteras pembuangan sampah haram di tujuh negeri di 127 yang dijadikan kawasan pelupusan sampah.
Penguatkuasaan adalah di tangan pihak PBT, dan sekiranya penguatkuasaan PBT itu lemah, Ops Sampah Haram di Kuala Lumpur, misalannya, akan menyebabkan sampah-sampah pepejal ini akan dibuang di negeri Selangor.
Sekiranya PBT tidak dapat menjalankan tugasan hariannya dengan baik, maka penting kerajaan negeri mengambil tindakan. Ini adalah tuntutan orang ramai yang membayar cukai taksiran dan cukai pintu. Sekiranya kerajaan negeri Selangor juga gagal, maka kerajaan ini perlu diganti sekali lagi selepas lebih kurang 25 tahun memerintah.
Sekiranya Pulau Pinang dapat menambah baik kebersihan negeri mereka, kenapa pula Selangor gagal walaupun pertukaran kerajaan negeri berlaku pada waktu yang sama. Pilihanraya Umum (PRU16) baru dua tahun lagi akan diadakan, kerajaan negeri Selangor perlu bertindak segera.
Inilah usaha yang dibuat oleh SWCorp di ketujuh-tujuh negeri seluruh negara.
Rakyat akan gembira bila PBT semakin gigih dalam menjalankan tugasan harian mereka dengan lebih gigih dan bukan hanya menjadi masalah kepada penduduk.
Comments
Post a Comment