YAB Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shaari
Hamba ingin menyuarakan perasaan amat hampa dengan keadaan di negeri Selangor, terutama sekali yang di bawah penyelian Majlis Perbandaran Selayang.
Gambar-gambar ini diterima dari seorang pengadu yang ditangkap semalam, kerana beliau sudah lama memerhatikan keadaan di Kawasan Perinudstrian Integrasi Rawang.
Sebagai seorang rakyat Selangor, hamba memandang berat terhadap pengawasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri terhadap Pihak-pihak Berkuasa Tempatan. Selama ini, masalah berkenaan dengan Majlis Perbandaran Selayang sudah disalurkan menerusi emel, whatsapp dan SISPAA, tetapi, hamba ingin bertanyakan kepada YAB:
(a) sejauh mana keprihatinan YAB terhadap aduan-aduan yang diterima?
(b) berapa kali seminggu YAB dan ahli exco yang menjaga kerajaan negeri turun tapak untuk mengawasi kebersihan seluruh Selangor?
(c) kenapa ahli-ahli majlis yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik seperti dalam kes ini terus disambungkan kontraknya?
(d) hamba percaya kawasan Sri Gombak adalah di bawah kawasan parlimen Gombak. Sebagai ahli parlimen Gombak dan Menteri Besar Selangor, adakah YAP peka kepada keadaan di Sri Gombak.
Hamba juga berharap Baginda Sultan Selangor akan dapat turun tapak untuk meneliti keadaan di negeri Selangor. Blog ini dibuka untuk tujuan menunjukkan kepada YAB sikap-sikap sebuat PBT yang sepatutnya diperbaharui sejak 2008 lagi. Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan di kawasan hamba semakin tertambah buruk, selepas YAB mengambilalih dari mantan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Sebenarnya sejak dari zaman Azmin, keadaan sudah mula merosot, tetapi sekarang keadaannya semakin bertambah buruk. Harap YAB dapat melihat sendiri keluhan-keluhan yang dibuat oleh pengadu yang ingin keadaan di kawasan perindustrian Rawang ini dibaik-pulihkan SEGERA, dan memastikan pihak renovator tidak lagi membuang sampah dengan sewenang-wenangnya di kawasan perindustrian mereka.
Pihak KDEB boleh membuat pembersihan sampah-sampah pukal ini, tetapi untuk berapa lama? Kenapa masalah ini masih berterusan?
Sila baca blog ini dan melihat sendiri gambar-gambar yang dipaparkan sejak pandemik Covid dulu.
Pada pandangan hamba, prestasi sokongan pengundi kepada YAB juga telah merosot pada PRU lalu. Memandangkan prestasi YAB dalam PRU15, di mana sokongan undi jatuh sebanyak 21.41 peratus, seharusnya YAB lebih cenderung dalam tugasan YAB menjaga negeri Selangor dengan penuh kewibawaan, tetapi tidak. Ini adalah sebab mengapa hamba berasa amat hampa terhadap Kerajaan Pakatan Harapan di negeri Selangor. Kami berjuang untuk memastikan negeri Sealngor terus maju dan dijaga dengan baik, bukan menjadi keadaan sehingga apa yang kita lihat setiap hari.
Hamba seorang rakyat biasa, tanpa kabel besar, tetapi hamba berharap masalah di negeri Selangor ini, terutama sekali di bawah pihak-pihak berkuasa tempatan tertentu akan diberi perhatian sepenuhnya. Tindakan-tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk memperbaiki prestasi mutu kerja PBT dan pastikan penjawat-penjawat awam tidak meneruskan sikap Little Napoleon mereka.
Kawasan Dewan Undangan Negeri Rawang
Ahli Dewan Undangan Negeri : YB Chua Wei Keat
Ahli Exco Kerajaan Selangor menjaga hal ehwal kerajaan tempatan: YB Ng Suee Lim
Pihak Berkuasa Tempatan : Majlis Perbandaran Selayang
Apabila ditanyakan kepada AI, apakah isu semasa di Taman Perindustrian Integrasi Rawang, ini jawapannya:
Antara isu semasa yang dilaporkan di Taman Perindustrian Integrasi Rawang termasuk:
1. Kebakaran rumah kedai – Pada 22 Oktober 2024, sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan ini hampir musnah apabila tingkat atasnya terbakar sebanyak 80%. Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah restoran di Jalan R 2/2. Mujur tiada kecederaan dilaporkan dan pasukan bomba tiba dalam masa lima minit selepas menerima panggilan kecemasan.
2. Pencemaran sisa kimia– Dua kilang diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selepas didapati melepaskan sisa kimia berasid ke dalam parit awam. Bacaan pH air pelepasan mencecah tahap 2, yang boleh menyebabkan hakisan dan risiko runtuhan struktur kilang bersebelahan. Kilang-kilang tersebut turut dikenakan kompaun dan lesen operasi ditarik balik.
KALAU TAK BACA, SEKURANG-KURANGNYA LIHAT GAMBAR:
https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/06/barang-siapa-yang-tidak-belajar.html
https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/06/this-is-deplorable-state-in-selangor.html
Jika keadaan di negeri Selangor bertambah buruk, kerajaan PH di Selangor mungkin akan tumbang di PRU16. Harap ini dapat mencelikkan mata Menteri Besar dan ahli exco. Tidak ada sebab kenapa pengundi akan terus mengundi PH di Selangor jika ini berterusan. https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/06/he-who-does-not-learn-from-history-is.html
Comments
Post a Comment