Keadaan terbengkalai di Kawasan Industri Batu Caves
Masalah longkang tersumbat di kawasan industri Batu Caves ini sudah dihebahkan sejak bulan Julai, tetapi kerana KDEB perlu menunggu giliran untuk menggunakan Truk Catch Basin Cleaner (CBC) di sini, maka September 4-13 telah ditetapkan untuk pembersihan longkang-longkang monsun.
Kawasan: Kawasan Industri Batu Caves
Zon: 9
Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen:
Datuk Seri Amiruddin Shaari, Menteri Besar negeri Selangor
YDP Majlis Perbandaran Selayang Terkini: Shahman Jalaludin
Ahli Majlis: Tuan Haji Muhammad Najmi bin Samsudin
Masalah: Longkang monsun yang sudah tersumbat sejak banyak tahun lalu di kawasan ini. Ia menyebabkan banjir kilat yang sering berlaku dan boleh mengambil masa tiga jam sebelum air banjir surut.
Sampah akan melimpah keluar dari longkang tersumbat dan air yang busuk akan memasuki show room dan restoran menyebabkan tuanpunya terpaksa membersihkan kedai-kedai mereka serta kehilangan peluang perniagaan. Pelanggan tidak akan kemari jika banjir berlaku.
(1) Pengadu memberitahu bahawa masalah ini sudah wujud sejak zaman mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menjadi ahli parlimen Gombak.
Ini berterusan sehingga sekarqang selepas Datuk Seri Amiruddin Shaari memenangi kawasan parlimen Gombak.
Walaupun kedua-dua adalah Menteri Besar, MPS tidak mengambil berat tentang masalah di sini walaupun aduan telah dibuat oleh pengadu untuk beberapa tahun.
Ini berterusan sehingga sekarqang selepas Datuk Seri Amiruddin Shaari memenangi kawasan parlimen Gombak.
Walaupun kedua-dua adalah Menteri Besar, MPS tidak mengambil berat tentang masalah di sini walaupun aduan telah dibuat oleh pengadu untuk beberapa tahun.
(2) Ahli Exco untuk Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu :
Tn Ng Sze Han (14 Mei 2018 – 21 Ogos 2023)
Ahli Exco untuk Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru & Pelancongan:
Tn Ng Suee Lim (sejak 21 Ogos 2023)
Tn Ng Suee Lim (sejak 21 Ogos 2023)
Aduan yang dibuat oleh seorang pengadu:
![]() |
Surat Menyurat Aduan yang dibuat |
Tindakan yang dibuat oleh KDEB:
Truk CBC akhirnya diguna pakai bermula 4hb September 2025 sehingga 13 hb September, 2025.
Maklumbalas yang diterima dari pengadu:
September 2025
Tarikh:
4 Dua truk CBC digunapakai untuk 3 jam hingga tengahari. Ini untuk membenarkan mereka mengejar masa untuk membuang hasil sedutan mendapan dari longkang
5 Cuti Maulidur Rasul
6 Cuti Sabtu
7 Cuti Ahad
7 Cuti Ahad
![]() |
Truk CBC |
Masalah sebenar:
(1) banyak tempat ada lubang manhole sebegini tetapi pembersihan longkang tidak dijalankan dari masa ke semasa menyebabkan sampah dan pasir bertakung dalam longkang.
(2) Air mengalir dari pangkal dekat persimpangan Batu Caves dan Lebuhraya Lingkaran Tengah yang di bawah jagaan Jabatan Kerja Raya.
(3) Longkang-longkang di pangkal kawasan industri ini kebanyakan tersumbat dan air tidak dapat mengalir menyebabkan longkang-longkang di hujung kawasan industri ini berhampiran dengan Sungai Batu ini nampak agak kering dan bersih.
(4) Sampah-sampah dalam longkang monsun dan pasir berlonggok di sesetengah longkang menyebabakan air bertakung sehingga longkang tersebut mengeluarkan bau busuk.
(5) Apabila hujan lebat saja, tempat ini akan mengalami banjir kilat untuk masa sehingga tiga jam.

Lorong Perusahaan 2

![]() |
Longkang tertutup dengan konkrit tanpa lubang manhole |

Jalan Perusahaan 2

Jalan Perusahaan 4
Sekiranya KDEB tiada jentera Vac-All dan Jetter sendiri, ia perlu sewa, tapi untuk kerja-kerja sebegini di tempat lain, KDEB atau MBI seharusnya beli jentera ini.
Pembersihan mendapan pasir dan tanah yang sudah keras dalam longkang tidak boleh dibuat secara manual cleaning.
Ini juga amat tidak sesuai kerana longkang tersebut terletak di bawah jalanraya dan sukar dimasuki oleh pekerja. Tanpa penggunaan jentera, memang kerja tidak akan lengkap dan selesai. Kita akan dengar itulah yang dapat dibuat sebaik yang boleh, tapi masalah banjir kilat masih menghantui tuanpunya bangunan.
Saya percaya pihak PBT atau KDEB boleh sewa jentera dari kontraktor jika KDEB tiada jentera sedemikian.
Untuk pengetahuan umum, Jentera Vac-All adalah until menyedut mendapan yang terdapat dalam longkang.
Jetter: jentera pancutan air bertekanan tinggi juga diperlukan untuk menyuraikan mendapan yang sudah keras dan tidak mudah dipecahkan secara manual.
————————————
Sebenarnya maklumat dalam blog ini masih boleh diperkemaskinikan lagi, tetapi ini bukan kerja saya. Saya telah membelanjakan sekurang-kurangnya tujuh kelapan jam untuk membuat pemantauan serta menulis blog ini.
Kerja ini seharusnya dibuat oleh MPS, ahli majlis, ahli Dewan Undangan Negeri, ahli parlimen, ahli Exco Kerajaan negeri dan menteri besar. Saya hanya cuba membantu dan mendapat maklum balas daripada pengadu-pengadu di sini.
Harap selepas ini pihak-pihak berkenaan akan lebih berwibawa terhadap aduan-aduan yang dibuat oleh pengadu di lain-lain tempat di bawa kerajaan negeri Selangor.
TERKINI PADA 27hb SEPTEMBER 2025
Comments
Post a Comment