Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan KDEB perlu pertingkatkan prestasi perkhidmatan mereka

 

Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) and KDEB perlu meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka. 

Jikalau di kawasan Petaling Jaya, sampah seperti tidak berlaku, kena di kawasan-kawasan di bawah MPS, ini sudah menjadi masalah kekal? 

Di mana pemantauan oleh MPS? Kenapa Exco kerajaan negeri tidak turun tapak untuk melihat sendiri apa yang berlaku? Sejak tahun 2008 sehingga kini sudah berapa tahun, dan kenapa Menteri Besar seolah-olah tidak mementingkan kebersihan negeri Selangor? 

Selama tujuh hingga lapan tahun blog ini dibuka untuk menunjukkan prestasi kerja MPS, tapi nampaknya bukan saja kerajaan tempatan, malah Kerajaan Negeri pun perlu perubahan besar kerana ahli-ahli exco yang bertanggungjawab kurang peka kepada aduan-aduan tentang kebersihan di kawasan-kawasan jagaan MPS. 




Saya telah memberitahu Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang berkenaan dengan peti-peti besi ini yang tidak lagi digunakan oleh TM. Semua dawai dan sebagainya dicuri dan peti ditinggalkan. 

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak boleh sekadar memberitahu ini adalah di bawah Telekom Malaysia. Ini tanggungjawab PBT dan bukannya pengadu untuk mengarahkan TM mengalihkan peti-peti besi mereka ini, serta banyak pondok telefon yang terbengkalai yang berada dalam kawasan PBT. 








Tempat ini dekat Jalan Wangsa 3/7 sudah berapa banyak kali gambar dipaparkan, tapi masih lagi tidak bertambah baik. Kamera CCTV pun dipasang, tapi berapa banyak saman dikeluarkan oleh MPS terhadap pembuang sampah? Atau CCTV itu perbelanjaan yang tidak berhasil? 






Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates

The Need for Intervention