Akhirnya...tapi amat memalukan keadaan longkang di Batu Caves
Pelancong luarnegeri sering melawat ke Batu Caves. Tapi apa yang mereka dapat nikmati bukan hanya sekadar makanan tempatan yang enak, tapi bau busuk dari longkang yang sudah tersumbat sekian lama.
Apabila perkara ini dilaporkan kepada KDEB, saya diberitahu mereka hanya ada sebuah truk Catch Basin Cleaner (CBC) yang digunapakai untuk seluruh negeri Selangor. Kerja pembersihan perlu mengikut giliran, dan kerja akan dimulakan pada Sept 4-13.
Saya percaya longkang-longkang di sekitar kawasan perindustrian Batu Caves ini terlibat. Sudah berapa lama keaadaan ini diabaikan, walaupun banjir kilat sering berlaku di persimpangan dengan Lebuhraya Lingkaran Tengah, dan kenapakah pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak mengambil tindakan jikalau longkang-longkang ini tidak dibina dengan baik sebelum diserahkan kepada pihak MPS?
Soalan saya, selama 17 lebih tahun sejak kemenangan Pakatan Harapan, di mana reformasinya, terutama sekali sejak zaman Azmin Ali dan sekarang di bawah Amiruddin Shaari? Adakah prestasi Majlis-majlis seperti MPS semakin bertambah baik?
Selama ini saya sudah memberitahu pihak kerajaan negeri dan sekarang, kerajaan persekutuan agar sesetengah pihak berkuasa tempatan perlu menerusi proses 'overhaul' supaya mereka yang benar-benar berkhidmat kepada masyarakat diberi peluang untuk naik pangkat, dan mereka yang menjadi masalah dipindahkan ke jabatan lain jauh dan prestasi kerja mereka sentiasa dipantau. Jika tidak, masalah penduduk akan terus berleluasa.

Comments
Post a Comment