INIKAH CARA SISPAA DAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG MEMBUAT KERJA? PIHAK KSN, MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN, EXCO SELANGOR PERLU SIASAT
TIADA LAMPU JALAN: MERBAHAYA KEPADA PENJALAN KAKITIADA LAMPU JALAN: MERBAHAYA KEPADA PENJALAN KAKI DI PERSIARAN PERDANA (AMAN PURI) DEKAT SEMPADAN JAMBATAN ATAS LANDASAN KERETAPI BERSEMPADAN DENGAN PERSIARAN CEMARA (SRI DAMANSARA).
Kenapa pihak kejuruteraan tidak memantau lampu jalan yang selama ini tidak dipasang. Ini amat merbahaya kepada pejalan kaki terutama pada waktu malam. Tolong segerakan pemasangan lampu jalan ini. Terimakasih
Aduan ini dibuat pada 12/03/2025.
Untuk makluman pelanggan, pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan lawatan pemeriksaan di tapak aduan pada 17/03/2025. Pihak MPS telah menyediakan Cadangan Kerja Penambahan Lampu Jalan di Jalan Utama (Persiaran Perdana) dari persimpangan Jalan Aman hingga di Jalan Keretapi. Manakala serahan tapak telah dilaksanakan kepada kontraktor yang dilantik pada 19 March 2025.
Komen saya:
Lampu jalan walaupun sudah dipasang sejak sebulan dua lalu sehingga sekarang masih tidak dihidupkan. Inilah prestasi kerja bahagian kejuruteraan? YDP dan Pengarah kejuruteraan perlu dipertanggungjawabkan atas kerja yang tidak memuaskan ini
![]() |
Sepanjang Persiaran Cemara semua lampu memang ada, tapi lepas saja jambatan KTM, beberapa tiang ini walaupun sudah dipasang tiga bulan lalu, MASIH tidak menyala. |
Walaupun gambar menunujukkan ada lampu lama yang menyala, sebahagiannya juga sudah lama rosak tapi apa MPS buat? Inilah yang menjadi masalah. Di mana pemantauan pegawai MPS? YDP sendiri perlu turun padang untuk memantau sendiri.
Tapi akhirnya lampu itu dihidupkan pada malam Khamis Jun 13, mengikut pengarah kejuruteraan MPS, SELEPAS TIGA BULAN TIANG LAMPU DIPACAK TAPI TANPA LAMPU SEHINGGA MASALAH INI PERLU DIBAWAKAN KE DALAM SISPAA.
Macam mana pihak Biro Pengaduan Awam pada Jun 12, jam 7 malam, dapat memberi jawapan masalah sudah selesai walaupun lampu hanya dinyalalan sehari kemudian? Sangat anih! Bukan kerana saya sengaja nak memaki sesiapa, tapi jika ini boleh berlaku, di mana letaknya ketelusan pemantauan oleh BPA?
Saya tak tahu samada ini kerja nakal atau pun benar-benar pihak Kejuruteraan mengalami masalah untuk 3 bulan untuk menghidupkan api tetapi kes ini hampir ditutup begitu saja tanpa membuat apa-apa yang perlu dibuat demi menjaga keselamatan pemandu.
Satu contoh lagi: hanya pada Jun 13, selepas kes ditutup oleh BPA, saya diberitahu oleh pengarah kejuruteraan secara lisan bahawa longkang terbuka ini akan dibinakan benteng untuk mengelakkan roda depan kenderaan terjunam ke dalam longkang bila pemandunya tersilap masuk gear. Saya tidak akan menerima kes selesai begitu saja jika sebarang SOP baru dibuat oleh pihak PBT tanpa mengira kepentingan keselamatan orang awam.
Selepas benteng dibina, saya tahu memberi penilaian memuaskan tapi jangan lagi MPS mengambil pendekatan ringkas yang tidak mempedulikan apa berlaku kepada orang awam. Itu sikap tidak bertanggungjawab.
Sepatutnya, pegawai BPA memastikan pihak MPS bersikap dengan lebih bertanggungjawab dan menyelesaikan pelbagai masalah sebelum ini yang tidak diselesaikan dan semakan bertindih sejak dulu lagi.
![]() |
Lampu lama hanya menyala sebelah saja |

![]() |
Kalau tak percaya, gambar ini diperbesarkan lagi |
Saya amat bersimpati dengan penduduk-penduduk di kawasan di bawah MPS. Selama 30 tahun ini saya memantau prestasi MPS, tidak berubah pun sikap mereka menjalani tugas mereka.
Comments
Post a Comment