Now, waiting for state election in Selangor....

 

I think Ng Sze Han, as state exco and the honorable State Assemblyman of Kinrara, should be ashamed when residents asked the Menteri Besar to intervene even in a small matter like this. 

It goes to show that, not my constituency and complaints that I raised with this new kid on the block in DAP, that were ignored, even his own constituents are complaining using Utusan Malaysia.  

The name reminds me of Tang See Hang, a former MCA state exco. That's why I said DAP has come to the stage where it is becoming like MCA, yet the seniors in DAP are not doing anything about it despite being told. 

All the best to PH in Selangor. I have already offered to a former state exco to speak on Gerakan's platform in Kinrara. 


PENDUDUK mahu campur tangan Amirudin Shari dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit di Taman Kinrara Seksyen 5, Puchong, Selangor.
 
 
 
 

SAUDARA PENGARANG,

PENDUDUK Taman Kinrara Seksyen 5, Puchong, Selangor mengadakan satu perhimpunan protes pada 24 September lalu bertempat di padang bola sepak kawasan perumahan berkenaan.

Mereka memohon campur tangan langsung Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan menuntut penyelesaian kekal bagi dua isu.

Pertama, isu jalan utama memasuki Taman Kinrara Seksyen 5 (Jalan TK 5/32) yang masih belum dibina sejak 1990. Malah, kini rizab tanah yang dikhaskan untuk pembinaan jalan itu diduduki oleh syarikat swasta dan dipercayai aktiviti yang sedang berlaku di tapak ini tiada kelulusan daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Kedua, aktiviti pelupusan sampah secara haram serta pembuangan sampah di tebing Sungai Klang (Jalan TK 5/20) dan di sekitar kawasan perumahan Taman Kinrara Seksyen 5 yang telah wujud sejak lima tahun lalu.

Kumpulan-kumpulan tegar yang terlibat ini cenderung mengulangi aktiviti haram mereka walaupun ada tindakan penguatkuasaan.

Masalah ini berlaku berulang kali setiap tahun dan penduduk menuntut penyelesaian kekal daripada kerajaan negeri.

Justeru, kami memohon perhatian langsung dan tindakan daripada Menteri Besar Selangor kerana kedua-dua masalah ini masih tiada penyelesaian kekal sehingga hari ini.

Kami akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi menyiasat kewujudan unsur-unsur rasuah sekiranya ada.-UTUSAN

JAWATANKUASA BERTINDAK PENDUDUK TAMAN KINRARA SEKSYEN 5,
Puchong


Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?

Selangor Terkini