Terimakasih sekadar galakan, tapi pembersihan longkang masih perlu digiatkan

 

Walaupun orang awam memuji mereka yang membuat kerja pembersihan longkang di Kawasan Industri Batu Caves, ini tidak bermakna kerja sudah beres dan dalam keadaan yang memuaskan. 

        Ucapan terimakasih hanya sekadar memberi galakan terutama kepada mereka yang berusaha dalam kerja pembersihan longkang-longkang yang sudah lama bertakung dan tersumbat. 

       Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang Shahman Jalaludin, YB Exco Kerajaan Negeri Dato’ Ng Suee Lim serta YAB Menteri Besar, Ahli Parlimen Gombak serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, Datuk Seri Amiruddin Shaari harus turun tapak untuk membuat pantaun sendiri keadaan di sini. 

     Kerja pembersihan boleh dikatakan hanya separuh siap. Banyak sampah dalam longkang memang sudah dibersihkan, tetapi keadaan longkang yang masih bertakung tidak bermakna masalah ini boleh ditinggalkan begitu saja. Selama ini, pihak Majlis seharusnya  membuat pantauan untuk memastikan keadaan sebegini tidak begitu teruk. 


Kerja minggu lepas 

       Walaupun pembersihan dibuat, keadaan sekarang masih belum betul-betul bersih. Air masih menakung dan penuh dengan mendapan yang kotor. 

      Diharap pihak MPS jangan lepastangan dan berharap longkang akan dibersihkan sepenuhnya secara sendiri selagi ada mendapan. Harap pihak Majlis bersama Jabatan Kerjaraya (JKR) dapat terus bersama membersihkan longkang-longkang di sini sehinggalah air dapat mengalir dengan sempurna. 








Anihnya bagaimana air longkang dapat mengalir jika longkang ditutup

       Siapa pula yang menutup longkang dekat kedai ini tanpa sebarang manhole untuk memudahkan pihak KDEB membersihkan longkang?

      Saya percaya dan harap pihak MPS dan KDEB akan teruskan kerja pembersihan secepat mungkin. Jika tidak, jangan disalahkan orang lain yang menghebahkan prestasi kerja yang sepatutnya dapat diperpaiki.

I

Terimakasih. Walaupun dekat hospital, beliau tetap berkhidmat kepada orang awam. Semoga Tuan Shaiful Nor Aidil Mohd Jaya, ketua jurutera MPS dapat pulih semula dan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Beliau akan maklumkan kepada rakan sekerja iaitu pengarah sisa pepejal En Hairudin bagi pemantauan kepada pihak KDEB.


Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates

The Need for Intervention