Masalah-masalah yang sudah dilapurkan kepada YDP

 

SEMUA ini sudah dilaporkan kepada YDP Majlis Perbandaran Selayang sejak awal bulan Oktober 2024.

        Memandangkan sikap YDP baru ini tidak peka kepada maklumat yang disalurkan dari 'ground' secara Whatsapp, dari sekarang saya terpaksa hebahkan segala masalah walaupun saya sememangnya faham mereka tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Tapi rekodnya di sini. Jika tidak beres masalah rakyat, maka pemimpin-pemimpin Kerajaan Madani akan dapat lihat bagaimana sikap penjawat-penjawat awam di peringkat Kerajaan Tempatan. 

        Puji atau tak puji itu bergantung kepada sikap mereka. Jika mereka buat dengan baik tanpa kami buat aduan, mereka pasti mendapat pujian. Tapi kalau sudah kempen beberapa tahun, saya tidak akan beri pujian. 


Pada 16hb Oktober 2024

Apa kata kalau kamu jatuh ke dalam lubang ini?

Pada 25hb Oktober 2024




        Yang ini selepas seminggu pun belum ditutup balik. YDP kata ianya kepunyaan TIME Telekom. Setakat menghubungi TIME Telekom mana ada solusinya? Mungkin YDP ini orang baru dan tidak faham MPS adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tak kan saya kena ajar Tuan YDP ini. 


        
        Ini semua aset Telekom, kata YDP. Takkan PBT tak boleh buat apa-apa. Tulis surat rasmi kepada Telekom dan minta mereka alihkan semua ini di seluruh kawasan MPS dalam jangkamasa yang ditetapkan. Jika tidak, MPS akan dapat kontraktor buat kerja ini dan caj kepada Telekom. Kalau tak dapat balik wang itu, bawa Telekom ke mahkamah. 



Prestasi Kerja MPS
        Beginiah prestasi kerja MPS. Di mana pemantauan yang dibuat oleh pihak Kejuruteraan? Di mana pengarah kejuruteraannya? 


        Kurang dua tahun, lantai gelanggang bola keranjang pun sudah retak. Retak, kemudian buat baru dengan bajet yang diperuntukkan. Sampai bila baru ada bajet buat kerja lain? Kerajaan Madani perlu hantar unit odit untuk memeriksa akaun MPS dan kontrak-kontrak yang dibuatnya. Adakah mereka mengikut spesifikasi atau SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan? 



        Banyak lagi lubang di sini. Lubang ini cukup untuk merosakkan tayar kamu. Ditampal balik, seminggu dua lagi masalah dengan lubang di tempat lain. Ini kerana MPS tidak menjaga saluran air yang keluar. Bila sumbat, dapat bajet baru dan buat lagi projek baru. Di situlah ketirisannya dan tidak mencari cara penyelesaian yang sesuai. 


        Anak-anak kecil hanya boleh lihat tiga petak ini tanpa alat mainan mereka. 



        Walaupun ini semuanya sudah ditutup balik, lihat apa yang dialami oleh orang awam. Nak kita bersabar, sehingga bila? 





        Sampah pukal pun merata-rata tempat. Kawasan perindustrian ini pun belum diserahkan kepada MPS walaupun sudah lebih kurang 15 - 20 tahun beroperasi. Kenapa? 


        Sila lihat prestasi MPS selama ini menerusi blog ini. Inilah sebabnya Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu mengawasi prestasi kerja majlis ini jikalau Kerajaan Negeri dapat berfungsi dengan baik. 































Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?