Pemulihan padang akhirnya siap

 

AKHIRNYA, selepas beberapa tahun berkempen, barulah kita dapat laluan pejalan kaki yang dibuat baru. 

        Sebenarnya, masalah takungan air dan laluan pejalan kaki yang rosak sudah menjadi masalah sejak 25 tahun lalu. Majlis Perbandaran Selayang selama ini tidak langsung cuba menyelesaikan masalah. 

        Sekiranya mereka ini benar-benar berkhidmat kepada masyarakat, sebagai penjawat awam, mereka seharusnya membuat apa yang patut dibuat tanpa sebarang aduan sehingga sampai kepada Menteri Besar, Ahli Exco, ADUN, Ahli Parlimen dan akhirnya terpaksa sampai juga kepada YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri. 

        Kali ini, selepas bertahun-tahun kempen barulah kita dapat sebuah padang yang boleh digunakan oleh warga emas dan kanak-kanak. 

        Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.



MPS dan Wakil Rakyat Perlu Prihatin

        Sebenarnya, bukan tujuan saya untuk membuat kempen ini, tetapi oleh kerana surat ditulis, email dan Whatsapp dihantar kepada mantan Ahli Exco, ADUN dan Ahli Parlimen, serta ketiga-tiga orang baru dalam kedudukan yang sama berkenaan dengan masalah ini, tetapi tidak seorang pun yang memberi jawapan apa yang dirancang, barulah kempen diadakan sehingga masalah diselesaikan.

        Itu sebab saya kata, sepatutnya ahli majlis, presiden majlis serta pengarah-pengarah MPS, dan wakil rakyat prihatin terhadap warga Selayang dan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang disalurkan menerusi:

  • Sistem SISPAA dan STAR
  • Sistem aduan MPS secara e-mel
  • Surat rasmi kepada pengarah-pengarah serta ahli majlis berkenaan
  • Surat rasmi kepada Presiden Majlis dengan salinan kepada Menteri Besar, Ahli Exco Kerajaan Negeri, ADUN serta Ahli Parlimen
      
         Sekiranya sehingga ke peringkat Menteri Besar dan ahli exco kerajaan negeri masih tidak ada maklumbalas, maka ini menjadi KEGAGALAN KERAJAAN NEGERI. Dan sekiranya perkara yang sama juga disalurkan samada secara rasmi mahupun secara tidak rasmi kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan masalah tersebut masih tidak diselesaikan, maka ini bermakna KEMENTERIAN juga tidak dapat menyelesaikan masalah penduduk. 

Maklumbalas 

        Oleh kerana Pengarah Landskap Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Tuan Mokhtar Affandi mempunyai perhubungan awam yang baik (good public relations), saya tidak membuat aduan tetapi hanya setakat memberi maklumbalas kepada beliau bahawa, walaupun paip-paip sudah ditanam untuk mengalirkan air keluar dari padang di sini, namum ianya tidak berfungsi sejak habisnya projek. 

        Perkara ini sudahpun disalurkan kepada beliau secara tidak rasmi menerusi Whatsapp menunjukkan gambar-gambar di bawah dan saya percaya beliau akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan sedaya upaya. 

        Bahagian teknikal / kejuruteraan yang mencadangkan saliran menggunakan paip PPE yang ditanam di bawah tanah perlu membantu beliau mencari jalan penyelesaian dan jangan membiarkan masalah ini berterusan untuk 30 tahun akan datang. 

        Perbelanjaan sebanyak RM300,000 untuk membina laluan pejalan kaki dan sistem saliran perlu memastikan masalah takungan air tidak berterusan.  

        Kempen ini untuk memanfaatkan ramai warga emas yang menggunakan padang ini untuk bersenam setiap pagi. Saya sering menerima aduan dari warga emas yang kata mereka pernah terjatuh semasa berjalan di atas laluan pejalan kaki yang sudah lama retak. Sila lihat gambar-gambar di blog pos ini: https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2022/08/21-terms-thats-all-for-ph-in-selangor.html?m=1











        Ini keadaaan sebelum ini: 
https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2022/08/21-terms-thats-all-for-ph-in-selangor.html?m=1 Walaupun pos ini bertarikh 3hb Ogos, 2022, sebenarnya aduan sudah disalurkan kepada setiap peringkat beberapa bulan sebelum itu. 

        Oleh kerana masalah tidak selesai, tapi maklumbalas dari MPS selalunya memberi jawapan yang sama -- "Sedang disiasat" dan "Tidak ada bajet" -- dan kerana Wakil Rakyat, ADUN dan MB yang tidak prihatin, maka blog ini dibuka sebagai kempen terhadap Kerajaan Negeri Selangor. 

        Sila baca dan lihat gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini untuk mengikuti apa yang selama ini berlaku di negeri Selangor. Sehingga kini, walaupun Kerajaan Madani sudah mempunyai seorang menteri DAP dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (YBM Nga Kor Meng), Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang menjaga kerajaan tempatan (YB Ng Suee Lim), ahli parlimen (YB Gobind Singh Deo) dan ahli majlis juga dari DAP, tidak ada sebab parti ini terus mengabaikan aduan-aduan warga yang disalurkan kepada mereka. Mereka tidak boleh teruskan ajaran oleh mantan ahli parlimen Damansara Tony Pua, "Ini bukan masalah saya. Saya bukan MP Longkang." 

        Kepada Tony Pua, saya ingin katakan: "Sekiranya kamu tak nak jadi MP Longkang, pastikan segala polisi ada untuk memastikan Kerajaan Tempatan membuat kerja dengan baik." 

        Jika tidak, kamu memang gagal, dan parti yang kamu dapat undi juga gagal dalam menjalankan tugas kamu sebagai wakil rakyat. 




Sila lihat. Tiga minggu sudahpun berlalu tapi tidak sebarang perubahan, YB Gobind, YB Pua Pei Ling, YB Ng Suee Lim, YAB Menteri Besar: 
 https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2024/05/acid-test-for-next-ge-can-ph-state.html 

Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?