Kerja Touch N Go oleh Majlis Perbandaran Selayang

 



Cuba fikirkan. 

        Betul, papan tanda yang dipasang di sini menunjukkan jalan ke Wangsa Permai, tetapi di manakah KIP dan Aman Puri? 
        Adakah pemantasan pokok itu mencukupi? Selepas beberapa bulan lagi, adakah pihak Majlis Perbandaran Selayang akan mencantas dahan-dahan pokok lagi? 

        Bukannya menambah lebih banyak papan tanda tetapi papan tanda yang berguna serta memberitahu pelawat bagaimana untuk pergi ke sesuatu tempat itu. 






Sebenarnya cermin keselamatan ada kegunaannya? Sila fikirkan. 

        Ini di bahu sebelah kiri jalan. Sekiranya saya berjalan mengikut jalan ini naik ke atas 'ramp' bagaimana saya boleh lihat peragut bermotosikal? 

        Andaikata saya guna bahu jalan ini untuk turn ramp. Adakah peragut akan masuk lorong kiri sehingga dapat meragut barang kemas saya? Fikirkanlah! 

        Jangan cuba suka-suka letak cermin reflektif ini. Membazirkan wang sedangkan saya yang menggunakan persimpangan tersebut tahu ianya diperlukan serta meminta cermin reflektif untuk keselamatan membelok di jalan tapi kamu orang kata tiada 'blind spot.' 


        Saya akan lihat berapa kali setahun pemangkasan pokok akan dibuat di sini oleh pihak Majlis. Apabila papan tanda seperti ini dipasang, sepatutnya dipasang di tempat yang kurang ada sebarang pokok, misalannya di sebelah padang. 

        Pemangkasan pokok hanya setakat memberitahu orang atasan bahawa kerja sudah dibuat? Kenapa buat kerja susah-susah, kena mencantas dahan-dahan pokok yang akan membesar dua tiga bulan kemudian? 

        Bila aduan dibuat, baru cantas pokok-pokok ini. Adakah ini prestasi kerja MPS selama ini tak bertambah baik langsung?


Ha, inilah caranya! Papan tanda yang sudah berkarat dan lusuh perlu dicat semula sebelum ianya perlu diganti baru pula! Itu wang rakyat jangan dibazirkan. 



        Inilah yang saya katakan selama ini. Cara MPS membuat kerja itu secara Touch N Go, tidak membuat dengan menyeluruh. Di sini nampak kawasan perumahan yang ada, tapi di mana pula beberapa lagi kawasan perumahan?
        
        Sekiranya saya seorang pelawat, lepas tanda ini, tiba-tiba saya nampak papan tanda dekat persimpangan menunjukkan sebuah lagi kawasan perumahan. Tiadapun anak panah di sini. Perlu saya belok ke kiri atau ke kiri itu kawasan perumahan yang ditunjukkan oleh papan tanda? Gunalah sedikit akal pemikiran, jangan cuba buat secara membabi buta. Itu saja permintaan saya.


        Aduh, bila perlu buat report, baru nak cabut papan tanda ini? Sudah berapa lama? Kalau tak perlu buat report, tak perlulah di cabut? 
   
        Papan tanda ini menunjukkan penurapan jalan besar, tetapi diletak di sini dalam padang kenapa pula? Adakah penyiasatan dibuat siapa yang buat kerja ini? Kenapa ianya diletak di sini dan bukannya di kawasan berdekatan penurapan jalan besar? 




Aduh!

1. Kalau mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, kenapa bonggol ini menyebabkan bahagian bawah kereta terkena bonggol? Sila lihat sendiri. Ini buktinya!


2, Papan tanda ini baru saja diletak di sini dua minggu lalu. :-D Ketukan besi di sebelah petang apa tu? Tak apalah, itu tak penting. 

        Tapi bonggol ini sebelum pintu sekuriti. Kenapa perlu dua bonggol di sini sedangkan pintu sekuriti pun sudah mencukupi untuk memberhentikan kenderaan. Takkah ada orang nak melanggar pintu sekuriti melainkan seorang penduduk sebelum ini yang amat marah dengan persatuan penduduk baru dia langgar pintu sekuriti dan kecoh masa itu. 

        Takut perompat nak larikan diri? Baguslah begitu, buat banyak sedikit bonggol, mungkin 20 bonggol kan lagi bagus? 

        Cuba fikirkanlah dua bonggol sebelum keluar pintu sekuriti. Bukannya kenderaan di sini laju sangat sampai 70km sejam! 

3. Menghubungi pengerusi Persatuan Penduduk? Tapi pengadu yang buat aduan. Dan pihak Majlis dengar pengerusi ini? Adoi, pihak sejak bila pihak Majlis dengar saja permintaan persatuan penduduk tanpa melihat keperluan?

4. Misalannya kenapa perlu dijadikan jalan sehala untuk jalan 100 meter ini sedangkan persimpangan di sini bukannya sesak sangat. 













Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

UPDATED 27 OCTOBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?

Selangor Terkini