Lagi, lagi sampah pukal. sampah bahan binaan dan sampah biasa
Sejak Baginda Sultan Selangor Sharafuddin menzahirkan pandangan baginda pada hari keputeraan baginda, sepatutnya ini menunjukkan bahawa baginda amat murka berkenaan dengan keadaan di negeri Selangor yang kotor. Saya mempunyai harapan keadaan ini akan bertambah baik.
Tetapi di sebaliknya, walaupun saya telah sekali membuat pemantauan dalam blog ini dan yang ini, sekali lagi, pada petang semalam, apabila saya memantau kawasan ini, keadaan tidak berubah langsung.
Untuk memastikan YDP tidak sekali hantar pegawai ke Kuala Lumpur, Selangor, dan memberitahu saya kawasan di situ bersih, saya sertakan peta sekali dan link petanya sekali:
Sebelum kita menunding jari kepada publik atau sesiapa, soalannya perlu ditanyakan kenapa tempat masih kotor walaupun perkara ini sudah dibangkitkan oleh baginda Sultan Sharafuddin. Apa jawapan YDP? Adakah penguatkuasaan anti-pembuangan sampah dibuat seperti yang dikongsikan oleh SWCorp?
Untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah berselerak atau sampah pukal, takkan kita selalu salahkan KDEB tak buat kerja. Mereka ada jadual mereka dua kali seminggu - hari Rabu dan Sabtu. Jikalau sudah dibersihkan pada hari Rabu, sampah pukal dibuang lagi pada pagi Khamis, habislah sampah ini akan dibiarkan sampai hari Sabtu.
Untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah pukal, pihak Majlis serta ahli majlisnya seharusnya lebih tekun mencari jalan penyelesaiannya dengan mencari sumbernya. Lagipun skop kerja KDEB yang saya dapat cungkil adalah hanya setakat kutipan sampah pukal, dan bukannya sampah industri atau bahan pembinaan.
Saya ada beberapa cadangan selain daripada apa yang sudah dikongsikan kepada YDP yang saya terima dari pihak SWCorp tapi ini bukan kerja saya. Sudah banyak yang saya kongsikan secara bisikan dan dengan budi bicara yang baik menerusi Whatsapp pada awal tahun lalu, tapi jikalau orang tidak menerimanya, saya tak akan buang masa. Saya cuba ingin memastikan kawasan sekitar semua penduduk bertambah baik di negeri Selangor dan tidak lagi diabaikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Walaupun Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan telahpun membentangkan pindaan ke atas Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025, yang sudahpun berkuatkuasa pada 1hb Januari 2026, kenapa Kerajaan Negeri Selangor menunggu hingga bulan September 2026 baru akan mengesahkan (ratify) Rang Undang-Undang ini?
Jikalau infrastrukturnya belum cukup, sahkan (ratify) saja RUU ini untuk negeri Selangor dan gunakan apa mekanisme yang sedia ada seperti penguatkuasa yang sedia ada untuk menjalankan rondaan. Rondaan boleh dibuat walaupun penguatkuaan tidak ada motorsikal baru, guna saja motorsikal sendiri seperti polis dan dapat balik pampasan petrol dan sedikit sebanyak untuk penukaran tayar motorsikal.






Comments
Post a Comment