Berapa lama sejak Baginda Sultan menzahirkan kemurkaan Baginda, apa bezanya kurang dari sebulan?
For the English Translation, scroll down 👇🏽👇🏽👇🏽
Baru kurang sebulan Baginda Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan kerana tahap kebersihan di negeri ini tidak dijaga dengan baik. Pagi ini saya mengambil kesempatan untuk meneliti sama ada Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan benar-benar berusaha menjaga kebersihan Darul Ehsan.
Namun, keadaan di kawasan-kawasan di bawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS) masih sama. YDP Majlis, Tuan Shahman Jalaludin telah dihubungi, tetapi tiada sebarang maklum balas daripada beliau.
Walaupun kebersihan adalah tanggungjawab bersama, pihak majlis dan kerajaan negeri tidak seharusnya menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya perlu menyalahkan diri sendiri.
Berapa kali seminggu pegawai penguatkuasa turun padang untuk memastikan sampah tidak dibuang merata-rata? Bagaimana pula dengan YDP atau ahli exco kerajaan negeri, Ng Suee Lim? Jika mereka benar-benar turun padang, pasti mereka melihat longgokan sampah pukal yang dibuang secara terbuka.
Apakah tindakan selepas 1 Januari 2026 untuk memastikan pembuang sampah ini dihadapkan ke mahkamah? Pihak majlis sepatutnya menempatkan pegawai di lokasi pembuangan haram dan bertindak segera terhadap sesiapa yang melanggar peraturan.
Untuk makluman umum, beginilah cara SWCorp melaksanakan penguatkuasaan — bukan sekadar mengarahkan KDEB membersihkan kawasan atau memasang CCTV. Persoalannya, sejak CCTV dipasang, berapa kes saman telah dikeluarkan? Jika tiada, apakah gunanya CCTV tersebut? Jika hanya membazirkan dana rakyat, apa bezanya kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan dengan kerajaan terdahulu?
Peranan kerajaan negeri bukan sekadar memperkayakan negeri sementara aduan rakyat diabaikan. Cukai taksiran telah dinaikkan sebanyak 20–25% di banyak kawasan, namun mutu perkhidmatan masih mundur. Tidak seperti kawasan di bawah MBPJ, jalan berlubang di Selayang tidak diturap dengan baik, cepat rosak dan membahayakan pengguna.
Di abad ke-21 ini, rakyat Malaysia masih hidup seolah-olah di kawasan kampung. Sejak Pakatan Harapan mengambil alih, apakah perubahan yang dilakukan terhadap kerajaan tempatan? Bukan sahaja di Selangor, di mana Sultan menzahirkan kemurkaan pada hari keputeraan Baginda, malah di Perlis, Raja Perlis turut murka terhadap sikap “Little Napoleons”.
Sudah lebih 30 tahun saya mengikuti perkembangan MPS, namun sehingga kini banyak masalah tidak diberi perhatian walaupun diketahui oleh YDP. Jika tidak turun padang, YDP boleh membaca blog ini yang telah lama saya gunakan untuk mendokumentasikan isu di tapak. Apakah cukup sekadar menuding jari kepada KDEB apabila masalah sampah pukal dibangkitkan?
Saya bukan berniat menegur sesiapa, tetapi sebagai penjawat awam tertinggi dalam Majlis, Tuan Shahman perlu dipertanggungjawabkan apabila masalah sebegini berulang setiap tahun. Jika YDP tidak mampu menjalankan tugas dengan prihatin, beliau wajar berundur dan memberi peluang kepada mereka yang lebih tekun. Kegagalan beliau menjalankan tugas dengan baik bukan sahaja menjejaskan imej negeri Selangor, malah mencalar kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang diberi mandat untuk mentadbir.
Baca yang ini juga: https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/12/pengawal-sekuriti-tidak-dibenarkan.html
https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/11/jalan-sehala-dan-sampah-merata-rata.html?m=1
---
For the English Translation, scroll down 👇🏽👇🏽👇🏽
Less than a month ago, His Royal Highness the Sultan of Selangor expressed displeasure over the poor state of cleanliness in the state. This morning, I took the opportunity to examine whether the Selangor State Government and local authorities are truly committed to maintaining the cleanliness of the state.
Sadly, the situation in areas under the Selayang Municipal Council (MPS) remains unchanged. The Council President, Tuan Shahman Jalaludin, has been contacted but no response was received.
Although cleanliness is a shared responsibility, the council and the state government should not blame others but hold themselves accountable.
How many times a week do enforcement officers go to the ground to ensure rubbish is not dumped indiscriminately? What about the Council President or the state executive councillor, Ng Suee Lim? If they truly went to the ground, they would surely see the bulk waste piles being dumped openly.
What actions have been taken since 1 January 2026 to ensure offenders are brought to court? The council should station officers at illegal dumping sites and act immediately against violators.
For public knowledge, this is how SWCorp enforces the law — not merely by instructing Alam Flora to clean areas or installing CCTV. Instead, they station their people to nab the litterbugs.
The question is, since CCTV was installed, how many summonses have been issued by MPS? If none, what is the purpose of the CCTV? If it only wastes public funds, what difference is there between the current government under Pakatan Harapan in Selangor and the previous administration?
The role of the state government is not merely to enrich the state while ignoring public complaints. Assessment tax has already been increased by 20–25% in many areas, yet service quality remains poor. Unlike areas under MBPJ, potholes in Selayang are not properly resurfaced, deteriorate quickly, and endanger road users.
In the 21st century, Malaysians still live as if in rural conditions. Since Pakatan Harapan took over Selangor, what reforms have been made to local government? Not only in Selangor, where the Sultan expressed displeasure on His Royal Highness’s birthday, but even in Perlis, the Raja of Perlis has also voiced anger against the “Little Napoleons.”
I have followed developments in MPS for over 30 years, yet many issues remain unaddressed despite being known to the Council President. If he does not go to the ground, he can read this blog where I have documented these problems for years. Is it enough to simply point fingers at KDEB when bulk waste issues are raised?
I do not intend to criticise anyone personally, but as the highest-ranking official in the Council, Tuan Shahman must be held accountable when such problems are repeatedly raised by taxpayers. If the Council President cannot perform his duties with care, he should step down and allow more diligent individuals to take over. His failure to fulfil his responsibilities not only tarnishes the image of Selangor but also undermines the trust of the people in the government entrusted to govern effectively. https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/12/pengawal-sekuriti-tidak-dibenarkan.html


























Comments
Post a Comment