Posts

Showing posts from January, 2026

Selangor dan Krisis Kebersihan: Satu Renungan Tentang Reformasi

Image
  Selangor sering digambarkan sebagai negeri termaju di Malaysia, pintu masuk utama pelancong antarabangsa, dan pusat ekonomi yang dinamik.  Namun di sebalik imej moden itu, masalah kebersihan yang berlarutan terus mencalar maruah negeri. Keadaan di Kawasan Perindustrian Bersepadu Rawang menjadi contoh nyata: meskipun kemurkaan Sultan Selangor pernah dizahirkan kurang dari sebulan lalu, dan undang-undang anti-sampah telah dikuatkuasakan, keadaan di kawasan tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan yang bermakna. Lihat gambar-gambar dalam pos di sini  yang bertarikh 8hb September 2025.  Sekarang bandingkan dengan gambar-gambar yang diambil pada 8hb January 2026. Apa bezanya? Memang ada masalah di peringkat Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri, di mana langkah-langkah untuk mencegah pembuangan haram gagal menangani masalah.  Perlu Bertekad and Usaha Lebih Kuat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim  dalam satu ...

Berapa lama sejak Baginda Sultan menzahirkan kemurkaan Baginda, apa bezanya kurang dari sebulan?

Image
For the English Translation, scroll down 👇🏽👇🏽👇🏽 Baru kurang sebulan Baginda Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan kerana tahap kebersihan di negeri ini tidak dijaga dengan baik. Pagi ini saya mengambil kesempatan untuk meneliti sama ada Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan benar-benar berusaha menjaga kebersihan Darul Ehsan. Namun, keadaan di kawasan-kawasan di bawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS) masih sama. YDP Majlis, Tuan Shahman Jalaludin telah dihubungi, tetapi tiada sebarang maklum balas daripada beliau. Walaupun kebersihan adalah tanggungjawab bersama, pihak majlis dan kerajaan negeri tidak seharusnya menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya perlu menyalahkan diri sendiri. Berapa kali seminggu pegawai penguatkuasa turun padang untuk memastikan sampah tidak dibuang merata-rata? Bagaimana pula dengan YDP atau ahli exco kerajaan negeri, Ng Suee Lim? Jika mereka benar-benar turun padang, pasti mereka melihat longgokan sampah pukal yang dibuang secara terbuk...