Posts

Showing posts from September, 2025

Masalah pembuangan sampah haram di Selangor

Image
Masalah pembuangan sampah haram semakin membimbangkan, tetapi yang lebih membimbangkan adalah cara sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengatasi masalah ini.  Saya ingin bertanyakan kepada Kerajaan Negeri Selangor, apakah tindakan dibuat selama ini untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram di negeri Selangor? Jika setakat hanya mengarahkan KDEB membersihkan kawasan selepas mendapat aduan, atau hanya meletak CCTV, ini nampaknya tidak berkesan tetapi kenapakah Menteri Besar Amiruddin Shaari dan ahli exco kerajaan negeri Selangor seperti Ng Suee Lim tidak mengarahkan PBT menjalankan operasi sampah haram apabila terdapat 'hotspot' sampah haram?  CCTV ada dipasang tapi pembuangan sampah berterusan  Bukannya tak tahu caranya Sebelum ini saya pernah memuji pihak KDEB dan MPS apabila apa yang mereka lakukan perubahan di Desa Jaya, yang sekarang ini nampak lebih cerah. Tetapi banyak lagi tempat yang menjadi pembuangan sampah, dan ini ...

Selangor Oh Selangor! (Bahasa Malaysia dan Inggeris )

Image
Pengadu inginkan lampu jalan di kawasan Industri Bersepadu Rawang dipulihkan Selepas hampir 25 tahun di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, Selangor kini berada dalam keadaan kemerosotan yang amat membimbangkan.           Malah, keadaan ini telah bermula sejak era bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali. Azmin, bersama bekas dua orang perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Muhyiddin Yassin, terkenal dengan Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH hanya selepas 22 bulan mentadbir kerajaan persekutuan.           Walaupun Datuk Seri Amiruddin Shaari telah berkhidmat selama dua penggal, keadaan hanya menjadi semakin buruk, terutamanya dari segi kebersihan, penyelenggaraan kemudahan awam yang lemah dan perancangan bandar yang tidak teratur. Aduan telah dikemukakan, namun tindak balasnya sekadar sambil lewa.          Diharapkan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Selang...

Terimakasih sekadar galakan, tapi pembersihan longkang masih perlu digiatkan

Image
  Walaupun orang awam memuji mereka yang membuat kerja pembersihan longkang di Kawasan Industri Batu Caves, ini tidak bermakna kerja sudah beres dan dalam keadaan yang memuaskan.          Ucapan terimakasih hanya sekadar memberi galakan terutama kepada mereka yang berusaha dalam kerja pembersihan longkang-longkang yang sudah lama bertakung dan tersumbat.         Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang Shahman Jalaludin, YB Exco Kerajaan Negeri Dato’ Ng Suee Lim serta YAB Menteri Besar, Ahli Parlimen Gombak serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, Datuk Seri Amiruddin Shaari harus turun tapak untuk membuat pantaun sendiri keadaan di sini.       Kerja pembersihan boleh dikatakan hanya separuh siap. Banyak sampah dalam longkang memang sudah dibersihkan, tetapi keadaan longkang yang masih bertakung tidak bermakna masalah ini boleh ditinggalkan begitu saja. Selama ini, pihak Majlis seharusnya  membu...

Keadaan terbengkalai di Kawasan Industri Batu Caves

Image
Masalah longkang tersumbat di kawasan industri Batu Caves ini sudah dihebahkan sejak bulan Julai, tetapi kerana KDEB perlu menunggu giliran untuk menggunakan Truk Catch Basin Cleaner (CBC) di sini, maka  September 4-13 telah ditetapkan untuk pembersihan longkang-longkang monsun . Kawasan:  Kawasan Industri Batu Caves  Zon:    9 Kerajaan Tempatan:  Majlis Perbandaran Selayang   Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen: Datuk Seri Amiruddin Shaari , Menteri Besar negeri Selangor  YDP Majlis Perbandaran Selayang Terkini : Shahman Jalaludin Ahli Majlis: Tuan Haji Muhammad Najmi bin Samsudin   Masalah:   Longkang monsun yang sudah tersumbat sejak banyak tahun lalu di kawasan ini. Ia menyebabkan banjir kilat yang sering berlaku dan boleh mengambil masa tiga jam sebelum air banjir surut.  Sampah akan melimpah keluar dari longkang tersumbat dan air yang busuk akan memasuki show room dan restoran menyebabkan tuanpunya terpaksa m...