Keluhan Rakyat Selangor Menyesal Selama Ini
Read the English version here: https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2024/12/selangorians-are-disappointed-with-25.html?m=1
————-—//////////——————-
RAKYAT Selangor memerlukan sebuah kerajaan di mana pemimpin-pemimpinnya lebih prihatin terhadap citarasa rakyat.
Walaupun sebuah negeri yang terkaya di Malaysia, ramai di kalangan rakyat negeri ini masih bertungkus-lumus untuk membekalkan segala keperluan keluarga masing-masing.
Ramai lagi yang masih sengsara terutama mereka yang warga emas. Pada waktu pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri Selangor tidak pun memberi sebarang diskaun cukai taksiran terhadap rakyat Selangor yang disayanginya.
Rakyat Sengsara Sekarang
Selama 20 tahun Kerajaan Selangor ditadbirkan oleh Pakatan Harapan, akhirnya sama juga dengan zaman Barisan Nasional di mana rakyat tidak lagi diutamakan.
Pada zaman Tan Sri Khalid Ibrahim, dengan prinsip, “Merakyatkan Ekonomi Selangor”, kerajaan Selangor dengan pemimpin-pemimpin yang berjiwa reformasi masih lagi boleh diharapkan tetapi pada pandangan saya, ia semakin merosot sejak zaman mantain Menteri Besar Azmin Ali.
Bila saya melihat dua tong di kawasan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini, saya pasti ini adalah hasil dari pemberian Alam Flora sepanjang masa ini.
Di kawasan kami yang di bawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS), satu tong pun tidak ada!
Yang ada hanya spesifikasi yang diberikan oleh pihak majlis sebelum tahun 2008 di mana kami diminta membeli tong tersebut dari pihak majlis. Ianya jauh lebih mahal dari tong biasa yang boleh dipakai.
Kedua-dua Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Seberang Perai yang dulunya pada tahap yang sama dengan MPS sekarang sudah menjadi Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Ke manakah wang rakyat pergi sehingga tidak ada bajet untuk tong sampah? Diminta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuat penyiasatan secara tergempar terhadap semua majlis bandaraya, majlis perbandaran dan majlis daerah.
Saya nampak di Seremban, setiap rumah juga dibekalkan dengan tong sampah. Sama juga di negeri Pulau Pinang di mana kebersihan pulau tersebut dijaga dengan amat baik, dan negeri itu telah kembali menjadi negeri yang mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap pelancong dalam dan luar negeri.
Sementera itu, banyak tempat di negeri Selangor masih lagi tidak dijaga kebersihan dengan baik selama ini. Bukannya kerana KDEB tidak menjalankan tugasnya, tetapi kegagalan pihak majlis untuk memantau kebersihan kawasan.
Ahli-ahli majlis perlu lebih tekun membuat kerja jikalau sudah dilantik; jika tidak, mereka perlu digugurkan tetapi pada pendapat saya, parti-parti yang mereka masuki tidak lagi peduli kepada aduan-aduan rakyat.
Segala aduan di dalam blog ini pernah dilapurkan kepada setiap peringkat di kerajaan tempatan serta kerajaan negeri tetapi di manakah tindakan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat?
Kenapakah perlunya aduan sampai sebegini baru pihak majlis mengambil tindakan memperbetulkan apa yang tidak dibuat dengan baik? Tidakkah mereka lagi mementingkan Zero Complaints, iaitu sebelum orang buat aduan, masalah sudah dibereskan dengan baik?
Bantahan
Sila bacaan keluhan seorang rakyat Selangor yang dalam linkungan usia 60an:
Bantahan diberi tetapi tidak lagi didengari kerana telinga yang sudah pekak. Itulah masalah yang sedang berulang menjelang terma kelima pada pilihanraya umum tahun 2027.
Wakil-wakil kerajaan Selangor asyik mengatakan bahawa peningkatan 25% itu terlalu rendah, tetapi tidakkah mereka ini faham bahawa apa yang diberikan oleh Kerajaan Madani kepada kami sekarang akan diambil oleh kerajaan negeri Selangor? Bukan saja setahun, tapi setiap tahun terutama pada waktu kami sudah menjadi warga mas.
Pemimpin-pemimpin PH yang pada mulanya berasaskan semangat reformasi sejak sebelum 2008 sudah digantikan pemimpin-pemimpin yang kurang prihatin lagi terhadap kesengsaraan rakyat. Tiada lagi perbezaan dengan kerajaan di bawah Barisan Nasional sebelum tahun 2008.
Walaupun kami diminta menyalurkan bantahan kepada pihak kerajaan tempatan sebelum kerajaan negeri membuat keputusan, namum ramai yang tidak tahu tentang jemputan tersebut. Emel yang dihantar tidak dihantar kepada semua orang, dan ramai yang tidak mengetahui mesyuarat bantahan tersebut.
Itulah sebabnya ramai yang sudah kehilangan kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin Selangor pada masa kini dan ini ditambah buruk lagi oleh kerana kenaikan cukai taksiran ini yang menjadi beban kepada rakyat.
Saya tamatkan blog ini dengan keluhan yang diterima oleh seorang warga emas yang tinggal di Putrajaya. Akhir kata, jika Kerajaan Selangor masih tidak memahami isi hati rakyat Selangor, dan ingat kami akan lupakan episod ini menjelang PRU ke-15, kami tidak teragak-agak untuk menyingkirkan kerajaan PH di Selangor seperti apa yang berlaku kepada kerajaan BN pada tahun 2008.
Untuk saya, PRU ke-15, walaupun saya masih menyokong PH di Selangor kerana pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), saya tidak akan lagi mengundi ahli dewan undangan negeri Bukit Lanjan.
Bagaimanapun, jikalau ahli parlimen dari Pakatan Harapan yang pekak terhadap masalah rakyat setempat itu masih dikekalkan, saya mungkin terpaksa mengundi wakil-wakil lain.
Satu penggal pun sudah cukup sudah untuk saya melihat prestasi perkhidmatan wakil rakyat kami. Inilah perasaan saya terhadap apa yang berlaku di negeri Selangor sejak dari zaman Azmin Ali lagi, dan terutama sekali sejak blog ini dibuka.
Sila baca blog ini untuk melihat segala yang telah ditulis di sini. Oleh kerana apa yang berlaku di negeri Selangor selama ini di bawah pimpinan PH, saya terpaksa meluangkan masa untuk menulis dalam blog ini.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu pastikan hanya mereka yang mempunyai kepentingan rakyat diberikan jawatan, dan bukannya sesiapa saja dalam parti mengikut kedudukan mereka. Oleh kerana PH sudah menjadi kerajaan, ramai "biawak" dan "buaya" akan masuk parti PH dan menunggu peluang menyandang kedudukan.
Sila baca apa yang saya tulis dalam blog ini: https://come-to-senses.blogspot.com/
Comments
Post a Comment