Kemungkinan Besar Kerajaan PH di Selangor akan Tumbang Dalam PRU 15

 Oleh Stephen Ng

Setakat ini, sebanyak 6402 orang telah membaca blog ini, dan ramai di kalangan rakan-rakan saya juga telah memberi maklumbalas yang mereka juga amat bersetuju dengan segala yang diluahkan di sini.

        Ada juga rakan-rakan yang menanyakan kenapa saya tidak suka kepada Kerajaan PH yang ada sekarang.

        Jawapannya adalah mudah. Ini kerana selama tiga atau empat tahun saya cuba menggunakan hubugan saya dengan rakan-rakan dalam PH untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengadu-pengadu. Ada juga pengadu-pengadu ini ditindas oleh pegawai-pegawai dari Kerajaan Tempatan. 

Aduan Kepada Ahli Majlis dan Ahli Exco

        Misalannya, dalam satu kes di Sri Damansara, penguatkuasa dari Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) mengambil kesempatan untuk mencari masalah dengan kilang seorang rakan sekolah saya. 

        Tidak tahu samada mereka betul-betul berusaha gigih dalam penguatkuasaan, tetapi rakan saya enggan memberi sebarang wang suap. 

        Perkara ini diberitahu kepada pihak Ahli Majlis. Setahu saya, selepas itu, Ahli Majlis tidak langsung berjumpa dengan rakan saya. Saya harap perkara itu telah diselesaikan oleh Ahli Majlis berkenaan, dan sekiranya sudah beres, saya ucapkan tahniah kepada Ahli Majlis. 

        Yang saya tahu, pihak penguatkuasaan selalunya membuat harassment terhadap peniaga...dan sekiranya ini tidak dilapurkan, mereka akan terus berleluasa tanpa sebarang pengawasan dari pihak atasan. 

        Kes Kedua: Beberapa tahun lalu, seorang pemilik restoran memberitahu bahawa bil air terlalu tinggi. Beliau percaya ada kontraktor yang mungkin mencuri air, menyebabkan bil air tiba-tiba tinggi. 

        Beliau cuba merayu tetapi menerima pelbagai jawapan yang tidak munasabah. Katanya kemungkinan besar ada lain sebab mengapa pegawai yang datang menyiasat enggan meneliti kes rayuan beliau. 

        Dengan secara ikhlas saya cuba membantu tuanpunya restoran ini kerana saya mempunyai nombor telefon ahli exco yang menjaga Air Selangor. 

        Bukan saja ahli exco ini yang dari Amanah tidak dapat membantu, tetapi saya amat kecewa dengan maklumbalas beliau yang dibuat secara kasar. Ini tidak memadai seorang ahli exco yang sepatutnya sedia berkhidmat kepada rakyat. 

        Kadang-kadang bukan kerana orang ingin mendapat simpati, tetapi sekiranya tidak ada sebab munasabah bil air meningkat sehingga seribu lebih, orang akan membuat rayuan. Sekiranya bil air ini mencecahi bil-bil setiap bulan sebelum ini, puncanya adalah samada paip air bocor atau ada orang yang mencuri air. Barulah orang akan membuat rayuan. 

        Tetapi cara jawapan yang diberi oleh ahli exco ini tidak memadai status beliau sebagai seorang ahli exco Kerajaan Selangor. Ini seolah-olah peniaga-peniaga pasar malam di Hong Kong: "Kalau tak nak beli barang, keluar dari sini saja. Jangan tanya banyak soalan di sini!" 

        Saya pernah meminta bantuan daripada seorang Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman untuk membantu satu kes ibu dan anak warganegara Malaysia yang tidak dapat meninggalkan negeri Cina. Yang Berhormat Menteri membantu kes ini sehinggalah ibu dan anak lelaknya dapat pulang ke Malaysia. Apa yang dilakukan untuk rakyat biasa, sehingga kini, saya masih memberi pujian kepada DS Anifah. 

        Jauh beza tindakan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor berbanding dengan mantan Menteri Luar Negeri. 

        Bukan saja orang lain yang mengalami pelbagai masalah dan tidak dibantu oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri mahupun Ahli-ahli Majlis, tetapi pengalaman saya juga sama. 

        Kes Ketiga: Dalam dua atau tiga tahun ini, dua Ahli Majlis Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua juga amat menjadi masalah. Walaupun pada mulanya saya cuba membantu mereka, sepertimana saya cuba membantu Ahli-ahli Majlis lain seperti Chan Chee Kong dan Lee Khai Loon, kedua-dua ahli majlis ini langsung tidak menghiraukan masalah-masalah yang diwarwarkan dalam Whatsapp Group Chat. 

        Sehingga kini, pelbagai masalah yang saya bawakan kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang secara bertulis, ada lagi banyak perkara yang tidak ditangani. Perkara ini disampaikan kepada Ahli Majlis yang ada sekarang, tetapi sama juga. Tidak ada sebarang tindakan, sunyi saja. Masalah tidak diatasi. 

Bonggol yang dibina di sini dan beberapa tempat di taman perumahan oleh pihak MPS menyebabkan kereta yang mempuyai 'low deck' terhentak dekat bonggol yang tinggi. Kenapa dua bonggol dibina di sini juga kami hairan dan tidak ada sebarang papan tanda adanya bonggol

        Tony Pua juga ada dalam Group Chat ini, tetapi tidak sekalipun memberi sebarang maklumbalas. Senyap saja. Dan, yang paling menyedihkan adalah ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong apabila dimasukkan ke dalam Chat group supaya beliau lebih peka kepada aduan-aduan yang dibuat oleh penduduk. Saya ingin beliau tahu yang saya ini hanya saluran kepada aduan-aduan yang diterima, tetapi beliau terus keluar chat group. Terlalu banyak chat group? Atau enggan bersama rakyat, entahlah! Elizabeth sekarang ini berbeza dengan Elizabeth pada penggal pertama. 

        Kes Keempat: Ahli Majlis yang ada sekarang ini, Calvin Cheong dihubungi oleh seorang pemilik restoran berkenaan dengan saman dari Majlis Perbandaran Selayang. Saman dikeluarkan kerana ada satu papan iklan yang kecil kelihatan jelas selepas beliau menebang sebatang pokok di depan kedai. Dalam keadaan ekonomi sebegini, saman sedekimian terlalu tinggi. Lalu beliau meminta bantuan dari Calvin untuk merayu dikurangkan saman. Saya difahamkan Calvin berjumpa dengan pemilik restoran, selepas itu, dan berjanji akan cuba, tetapi selepas itu, bayang-bayang pun tak jumpa. Apabila ditanya, jadi bagaimana kamu menyelesaikan masalah ini?

        Jawapan beliau: 

        "I been to MPS on my own. And get things solved on my own instead."

        Masalahnya, apa yang diperhatikan adalah ahli-ahli lantikan Tony Pua ini tidak benar-benar membantu orang awam. Inilah banyak aduan-aduan yang saya terima berkenaan dengan Yang Berhormat Ahli Pahlimen Damansara.

        Cuba fikirkan apa perasaan orang awam terhadap Kerajaan Selangor yang ada sekarang?

        Kes Kelima: Di kawasan perumahan saya juga, masalah yang dibincangkan dengan ahli majlis berkenaan, dia biarkan saja majlis memutuskan apa yang dicadangkan oleh pihak Persatuan Penduduk. Dan majlis yang ada sekarang juga yang memasang cermin reflection untuk trafik di tempat yang tidak masuk akal sedangkan tempat yang diperlukan cermin tersebut tidak dipasang. Ini prestasi mutu kerja MPS yang semakin bertambah teruk sejak 25 tahun lalu semasa saya berdepan dengan pihak Majlis berkenaan dengan pelbagai masalah projek perumahan yang tidak mengikut pelan infrastruktur. 

        Kes Keenam: Tetapi, masalah tidak ada ruang untuk parkir kereta di depan bilik kawalan pula pihak Majlis tutup satu mata. Ahli Majlis juga tidak ingin ambil tahu. 

        Jalan yang sepatutnya dua hala ditukar kepada jalan sehala dan sekatan keluar masuk taman dibuat selepas jam 12 malam masih berkuatkuasa. Siapakah yang memberi arahan kepada pengawal sekuriti supaya hanya membenarkan jalan masuk mengikut satu 'round'? Apa logiknya kerana kami penduduk di taman ini berhak untuk masuk mengikut jalan yang terdekat dengan rumah. 

        Perkara ini juga pernah disampaikan kepada ADUN, ahli parlimen, ahli exco dan juga Menteri Besar Selangor. Tapi apa yang berlaku sekarang amat menghampakan. Oh, banyak lagi masalah yang saya ingin luahkan di sini, tetapi saya akan buat kemudian hari. 

Lantikan Politik, Apa Bezanya?

        Saya lihat Ahli Majlis adalah juga lantikan politik. Di mana pilihanraya kerajaan tempatan yang dilaungkan oleh pihak PH sebelum pilihanraya seperti janji-janji yang dibuat berkenaan dengan tol jalan?

        Walaupun saya pernah ditawarkan kerja sebagai Ahli Majlis, saya tolak sama sekali tawaran tersebut, teapi berjanji kapada YB Sivarasa bahawa saya akan terus membantu Ahli-ahli Majlis yang tidak banyak pengalaman. 

        Hai, banyak lagi masalah yang saya ceritakan. Harap orang-orang BN dapat sebarkan. Walaupun saya akan menyokong PH di peringkat kebangsaan, saya percaya sudah tibanya waktunya kerajaan Selangor tidak lagi dipegangi oleh Pakatan Harapan. 

        Dua penggal untuk membersihkan kerajaan negeri dan penggal untuk melihat perkembangan positif di tahap negeri, itu yang saya selalu katakan. Sekarang dah penggal ketiga, tapi tidak ada juga sebarang perubahan, malah keadaan di negeri Selangor bertambah teruk. 







































































        Entahlah!

Ini negeri Selangor, negeri yang dicintai, tetapi kini sudah menjada kawasan yang paling kotor sekali. 

Bila suara saya kuat, saya dikatakan hanya seorang pengadu saja, seolah-olah tidak ada pengadu lain. Sebenarnya, saya lebih tahu apa yang berlaku, kerana saya selalu melalui tempat-tempat ini dan saya lebih 'outspoken' berbanding orang lain. Mereka hanya merungut kepada saya. 

Harap jika BN menang, BN akan jaga kawasan perumahan dan tidak membenarkan Kerajaan Tempatan, terutamanya Majlis Perbandaran Selayang terus dengan prestasi kerja yang teruk.


Memotong dari tepi


Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates

The Need for Intervention