Kenapa Kerajaan PH Selangor akan jatuh juga kali ini
Segala keluhan dan aduan telahpun dibuat berkenaan dengan Kerajaan Tempatan (terutamanya Majlis Perbandaran Selayang) dan Kerajaan Negeri Selangor, tetapi apa berlaku? Entahlah, sampai kepada telinga Menteri Besar pun tidak ada sebarang perubahan. Bagaimana pula Kerajaan PH akan membawa "perubahan besar" kepada negeri Selangor yang sudahpun ditakbirnya tiga penggal ini? Dua penggal untuk mengemaskini kerajaan yang ditakbir oleh BN dulu, dan penggal ketiga untuk terus maju, tapi apa yang berlaku adalah amat menghampakan. Cuma dua orang saja yang tahu aku menyokong PH selama ini dan mereka cuba memberi serba-sedikit nasihat supaya tidak lagi keluar segala keluhan seumpama ini. Tapi soalan saya selama ini: di mana janji-janji Kerajaan PH ingin membawa perubahan positif terhadap negara sekiranya negeri yang ditakbirnya sekarang juga tidak ditakbir dengan baik? ...