Masih tidak ada perubahan lagi di Selangor
![]() |
| Longkang ada tapi tak berfungsi selama ini. Tiada pantauan, patutlah semua ini menjadi masalah kepada penduduk setempat |
![]() |
| Sampah bahan binaan pun sengaja dibuang |
![]() |
| Kotak polisterin masih berselerak. Ban kotak makanan postirin di Selangor tapi yang ini pula tidak terkawal dan menjadi masalah besar |

Harap saya tak perlu buat pantauan lagi di kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), saya tidak perlu buat aduan tapi salurkan maklumbalas dari tapak. Dalam banyak kes, saya hanya sebagai mata yang berkhidmat secara sukarela untuk membantu MBPJ menyelesaikan masalah sebelum aduan dibuat oleh orang-orang awam.
Semua gambar di sini baru saja diambil dan disalurkan kepada Yang Dipertua MPS. Walaupun Baginda Sultan sudah menzahirkan kemurkaan Baginda, namun di sekitar kawasan MPS dan beberapa kawasan lain, saya percaya masih belum dipantau oleh kerajaan tempatan dan kerajaan negeri.
Setiap kali aduan dibuat, pihak KDEB yang dijadikan kambing hitam sedangkan pemantauan tidak dibuat oleh pihak majlis atau kerajaan negeri. Kenapa Akta Pembuangan Sampah tidak diratifikasi oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga bulan September?
Sebelum ini, ada orang yang juga pernah membisikkan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengarahkan kerajaan tempatan membersihkan peti-peti lama kegunaan Telekom Malaysia, pondok-pondok telefon awam dan sebagainya. Ini juga tidak dibuat dan menjadi satu yang menyakitkan mata memandang (eyesore).
![]() |
Lihat cara kontraktor lantikan MPS buat kerja. Berkali-kali saya terpaksa panjangkan kepada pengarah kejuruteraan MPS tapi setiap kali beberapa lubang diturap dan yang lain dibiarkan sahaja. Sering didengari kita sedang menunggu dana dari MARRIS, habis sementara itu pengguna jalan terpaksa menggunakan jalan yang rosak sebegini. Bukan saya di sini saja, di kawasan-kawasan di mana kebanyakan penduduknya Melayu sama juga. Ini untuk pengetahuan pembaca yang bukan Melayu, kerana masalah yang kita hadapi adalah satu masalah kerajaan tempatan di mana reformasinya perlu dibuat secara besar-besaran terutama majlis perbandaran dan majlis bandaraya seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perdana Menteri sudah “adjust” serta menaikkan gaji, dan memberi peluang untuk penjawat awam lebih tekun bekerja dan bertanding untuk menjadikan bandaraya mereka antara yang terbaik di dunia.
Cuba perhatikan:
Menteri Besar dan ahli exco yang menjaga kerajaan tempatan seharusnya kerap turun padang untuk melihat sendiri masalah-masalah yang diadukan oleh penduduk setempat, terutama sekali bila ini sudah menjadi satu kebiasaan yang perlu ditangani segera dan telah mendapat perhatian Baginda Sultan.
Jika tidak, berita ini masuk akhbar kerana rakyat sudah tidak boleh bersabar lagi. Blog ini hanya setakat bisikan, jangan nanti ia diviralkan oleh pihak pembangkang.
Siapa yang akan dipersalahkan pula jika kerajaan negeri jatuh?







Comments
Post a Comment