Perkara 2 Jalan Sehala dan sampah merata-rata tempat
Sepertimana disebutkan, YDP Majlis Perbandaran Selayang Shahman Jaluddin adalah antara sebab saya buka semula blog saya. Walaupun sudah diberi peluang untuk membuktikan dirinya, saya mendapati pendekatannya jauh berbeza berbanding dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Zahri Samingon. Walaupun Shahman tahu aduan penduduk setempat adalah berkenaan dua bonggol yang ditinggalkan dua tahun lalu, tapi peruntukan yang diberi oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak digunakan untuk memperbaiki dua bonggol yang bermasalah. Apabila aduan dibuat kepada pihak atasan, walaupun kerja pembaikan seharusnya dibuat, kedua-dua bonggol itu ditar semula menjadi lebih tinggi dan menyusahkan penduduk setempat, sehinggalah tekanan diberi dari pihak atasan dan tiba-tiba jurutera Majlis ingin jumpa saya untuk berbincang. Kehadiran jurutera tersebut disambut baik; bagaimanapun, YDP sendiri tidak langsung munculkan dirinya. Tidak apa, asalkan ma...