Masalah sikap dekat Pihak Berkuasa Tempatan menjadi masalah kerajaan negeri terutama sekali di peringkat EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor

 

Sebenarnya, masalah Majlis Perbandaran Selayang ini adalah dari segi pemantauan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor selama ini sejak kedudukan itu disandang oleh Ng Sze Han.

Walaupun sekarang ini disandang oleh Ng Suee Lim, namum kedua-dua wakil DAP ini gagal menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk. 

Sebelum tanda jalan dibuat oleh pihak MPS baru-baru ini, keperluan petak kuning ada diberitahu kepada kepada ketua jabatan kejuruteraan, Ir Shaiful Nor Aidil Mohd Jaya, namum tidak diindahkan. 


Sementara persimpangan ini tidak ada petak, yang lain seperti di persimpangan antara KIP 2 dan Jalan Wangsa 2/6 ada. Kenapa?



Kenapa? Soalan ini ditanyakan kepada Ir Shamsul, dan jawapannya: 


Kalau staf tak lukis petak kuning ini, tidakkah ini bermakna sebagai ketua jabatan, Ir Shaiful patut bertanggungjawab? Ini bukan kali pertama. 

Sementara itu, Yang Di-Pertua Majlis pun tidak menjawab. Jangan fikir tanpa memberi jawapan, masalah ini akan hilang begitu saja.

Sila lihat jawapan-jawapan yang lain diberikan samada kepada Biro Pengaduan Awam ataupun secara terus. 

'
Contoh-contoh lain: 


1, Lampu jalan yang sudah condong perlu EMPAT minggu untuk dipulihkan semula dengan baik. Baru dua minggu lalu beberapa tiang lampu dekat Aman Puri dipulihkan semula selepas tiga bulan dipasang tapi tidak dinyalakan. Kawasan itu masih lagi gelap.


2. Pada tahun 2008/9, saya meminta dari ADUN Paya Jeras ketika itu, YB Khairuddin (PAS) membina satu bonggol dekat sini. Cermin konvek juga tidak dipasang. 


Tapi yang dibinanya ialah bonggol dekat titik buta ini. Sudah beberapa kali saya memberitahu pihak Majlis bahwa ini adalah titik buta. Sikap pemandu adalah: 

(a) pemandu akan perlahankan kenderaannya bila sampai dekat bonggol. 
(b) Lepas itu, akan terus tekan minyak. Walaupun ini adalah titik buta, pemandu tidak akan peduli, dan ini amat merbahaya kepada anak-anak kecil yang berjalan kaki dengan penjaga mereka, serta kenderaan yang cuba keluar masuk dari rumah mereka. 


Titik buta apabila nak membelok ke kanan ini merbahaya. Walaupun bonggol dan jalan ini tidak bermasalah serta trafiknya rendah, pihak Majlis menurap jalan ini dengan menggunakan peruntukan yang diberi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sementara dua bonggol lain tidak diperbaiki sehinggalah tiga bulan kemudian selepas kempen dibuat. 

Semua ini menunjukkan kerajaan negeri Selangor kurang memantau prestasi kerja pihak berkuasa tempatan sehingga penduduk perlu berkempen sebegini. Selama ini, pengadu tidak ada masalah dengan MBPJ mahupun DBKL sejak kebelakangan. 

Pilihanraya Umum ke16 akan mula lebih kurang dalam dua tahun lagi? Siapakah yang kamu semua akan undi untuk memastikan pertukaran pegawai-pegawai PBT seperti Majlis Perbandaran Selayang dibuat segera untuk memastikan pembaziran dana rakyat tidak berlaku lagi. 


Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

The Need for Intervention

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates