Tugasan RA dan perbatasannya memang terhad

Saya dijemput menghadiri satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh panel. Pada ketika itu, pengerusi persatuan penduduk itu berlagak amat baik sekali, seolah-olah sudah menjadi rakan baik. Saya tidak ada masalah pun jika dia benar-benar nak jadi kawan. Saya beritahu ahli-ahli panel sememangnya saya tidak membantah pun terhadap permintaan Persatuan Penduduk untuk mengadakan sekuriti jika ada yang nak bayar. Tapi ini kawasan yang hanya status guarded community atau komunitii berpengawal, ikut sukahati mereka yang rela membayar. Sebenarnya, kalau nak sekuriti betul-betul, minta saya Polis ditempatkan di Polis Beat. Jika beberapa anggota polis ditempatkan di sini, kawasan ini lebih selamat. Respons pun lebih cepat daripada kejar dari balai terdekat. Perbezaan Gated and Guarded Community Selama ini, ramai yang tidak faham perbezaan antara 'gated community' di mana perjanjian yang ditandatangani dari awal pembinaan rumah-rumah ini menyebutkan ianya sebuah gated co...