Askar dan Polis Kita Di Waktu Aman dapat Mengurangkan Keperluan Mengambil Pekerja Asing sebagai Pengawal Sekuriti

 



Oleh Stephen Ng 


Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail  untuk menggantikan pengawal sekuriti secara berperingkat dengan pegawai polis ataupun askar.

Ini memandangkan keperluan untuk mengurangkan ​pekerja asing sebagai pengawal sekuriti di bangunan-bangunan komersial dan kawasan-kawasan perumahan. 

Penggunaan pengawal asing bermakna wang negara ini akan keluar ke negara-negara lain. Selain itu, kebanyakan pengawal-pengawal sekuriti tidak fasih dalam bahasa pengantaraan di mana soalan ditanyakan, lain jawapan yang  diberi. 

Banyak kali apabila saya bertanyakan, "Di mana kedai XYZ?"pengawal di pusat membeli-belah akan tunjuk saja satu hala, tetapi selepas saya bertanya kepada pengunjung tempatan, saya diberi arah yang lain. 

Pengawal-pengawal di kawasan perumahan pula tidak akan berusaha menangkap pencuri walaupun pencuri berlari di depan mereka. Ini pernah berlaku di kawasan perumahan saya. 

Pada masa yang sama, polis dan askar mendapat gaji yang rendah, dan sekiranya satu pertemuan dapat dibuat di antara pihak Kementerian Dalam Negeri dengan wakil-wakil syarikat sekuriti yang membekalkan pekerja asing sebagai pengawal. 

Gaji polis dan askar boleh dibiayai bersama secara berkongsi untuk mengurangkan beban kerajaan, dan pakej yang lebih baik boleh diberikan kepada mereka yang ditempatkan di tempat-tempat strategik. Satu formula boleh disediakan oleh ketiga-tiga pihak untuk memastikan pakej yang baik diberikan kepada anggota-anggota yang ditempatkan sebagai 'pengawai kesalamatan khas'. 

Sebenarnya tidak perlu menggantikan semua pengawal, tetapi seorang dua saja yang digantikan oleh seorang pegawai polis dan seorang anggota tentera. Sekiranya mereka ini bersenjata pistol, penduduk serta pengunjung pusat membeli-belah pun akan rasa lebih selamat, seperti satu ketika apabila polis dan askar meronda bersama. 

Dari segi kepolisan, pegawai polis yang ditempatkan di tempat strategik adalah lebih baik daripada membuat rondaan sahaja. Apabila berlaku satu kes yang perlu back-up, mereka yang ada paling dekat tempat kejadian boleh terus kejar ke sana.

Mengikut seorang saudara saya yang sudah bersara dari Polis Singapura, kecekapan polis Singapura adalah berasaskan penempatan pegawai polis di tempat-tempat strategik. Di Johannesburg, di mana kes jenayah yang tinggi, kereta peronda berada di lorong-lorong yang strategik. 

Sekiranya formula ini dapat dipersetujui oleh semua pihak, maka kombinasi ini terbaik sekali kerana dapat mengurangkan pekerja asing yang dibawa masuk, penempatan polis di tempat strategik, pakej yang lebih baik untuk polis dan askar di waktu aman, serta dapat meneruskan tugasan mereka sehingga ke ketua keselamatan dalam syarikat-syarikat yang diambil mereka. 

Pada waktu yang sama orang awam akan berasa lebih selamat apabila adanya pegawai-pegawai polis dan askar bersama mereka, sementara kerajaan dapat mengurangkan bebannya. 

Untuk pertimbangan pihak askar dan polis adalah keperluan anggota mereka diganti-gantikan apabila mereka perlu menghadiri sebarang latih tubi rutin (routine drill). 

Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?