Air Melimpah Kerana Longkang Tersumbat
Longkang tersumbat sudahpun diketahui oleh pihak penduduk dan Majlis Perbandaran Selayang lebih kurang bulan September tahun ini (2022) apabila dinding runtuh dekat sini menyebabkan beberapa rumah dibanjiri air.
Mengikut jiran saya, saya difahamkan bahawa ada barang keras di bawah simen yang dibina di atas longkang. Apa yang diberitahu saya adalah barang keras ini kemungkinan dari simen yang runtuh atau struktur kayu reput di bawah simen.
Ini mungkin menyebabkan sisa-sisa daun kering yang tersangkut dan air melimpah keluar dari longkang ini sehingga memasuki rumah penduduk.
Saya juga difahamkan bahawa sebelum ini pihak KDEB pun sudah cuba menggunakan jet air untuk membersihkan longkang di bawah kontrit simen yang dibina oleh pihak Persatuan Penduduk lebih kurang 10 tahun lalu.
Tidak ada sebarang bantahan pun dari penduduk-penduduk di sini walaupun simen ini dibina tanpa sebarang kelulusan MPS mahupun sebarang survey yang dibuat dengan penduduk-penduduk yang tinggal dekat tempat ini.
Saya juga percaya Persatuan Penduduk ada disuruh oleh pihak MPS untuk memperbaiki longkang ini dengan mengeluarkan struktur yang tersangkut di bawah simen tetapi ini tidak dibereskan sehinggalah semalam apabila air melimpah hingga masuk ke dalam rumah penduduk.
Sebenarnya apabila simen ini dibina, tidak sesiapa pun yang membantah selama ini melainkan penduduk-penduduk yang tinggal dekat sini hanya tertanya-tanya kenapa lori-lori diletak di sini sedangkan tuanpunya tinggal agak jauh.
Oleh kerana tidak ada tempat parkir selalu, saya pun terus memakan belanja untuk buat beranda untuk dua kereta. Konsep `co-existence' itu penting. Kalau mereka ini ingin buat sekuriti, mereka boleh buat asalkan jangan adanya pelbagai halangan dibuat untuk menyusahkan kami keluar masuk walaupun ini tempat kediaman kami.
Pengerusi Persatuan Penduduk sambil meludah pernah menyuruh saya berpindah dari sini sekiranya tidak setuju dengan apa yang dibuatnya.
Saya ingin mengucapkan terimakasih kerana pihak MPS akhirnya mengambil tindakan merobohkan simen ini yang memang jelas Persatuan Penduduk tidak ada kelulusan MPS.
Tindakan MPS dibuat untuk memastikan tidak berlaku masalah banjir kilat tidak berlaku seperti apa yang berlaku semalam. Agaknya tindakan ini terpaksa diambil selepas tiga bulan menunggu Persatuan Penduduk menyelesaikan masalah ini.
Nampaknya, ini bukan simen biasa yang kita orang buat dekat belakang rumah. Ini kemungkinan konkrit yang dibancuh oleh truk simen dicampur dengan batu-batu kecil dan batang-batang besi.
Ianya memakan masa sekurang-kurangnya dua jam lebih untuk backhoe MPS merobohkan struktur ini.
Jawapan yang diterima dari Majlis Perbandaran Selayang untuk makluman penduduk-penduduk:
-- Ir Hj Shaiful Nor Aidil B Mohd Jaya (Ketua Kejuruteraan)``Hari ini telah multiple dilaksanakan kerja merobohkan ramp yg menjadi halangan labuan air. Jabatan akan cuba baiki tembok dan finishing work selepas peruntukan tahun 2023 dibuka bagi kegunaan. Team saya yg banyak membantu. Untuk makluman."
Terimakasih kepada pekerja-pekerja MPS yang dapat memperbaiki tembok dan merobohkan ramp yang menghalang labuan air.
Comments
Post a Comment