Air Melimpah Kerana Longkang Tersumbat
Longkang tersumbat sudahpun diketahui oleh pihak penduduk dan Majlis Perbandaran Selayang lebih kurang bulan September tahun ini (2022) apabila dinding runtuh dekat sini menyebabkan beberapa rumah dibanjiri air. Mengikut jiran saya, saya difahamkan bahawa ada barang keras di bawah simen yang dibina di atas longkang. Apa yang diberitahu saya adalah barang keras ini kemungkinan dari simen yang runtuh atau struktur kayu reput di bawah simen. Ini mungkin menyebabkan sisa-sisa daun kering yang tersangkut dan air melimpah keluar dari longkang ini sehingga memasuki rumah penduduk. Saya juga difahamkan bahawa sebelum ini pihak KDEB pun sudah cuba menggunakan jet air untuk membersihkan longkang di bawah kontrit simen yang dibina oleh pihak Persatuan Penduduk lebih kurang 10 tahun lalu. ...