Tidakkah Pegawai-Pegawai di MPS ingin naik pangkat?

 


        Andaikata pegawai-pegawai serta kerani-kerani di MPS telahpun membuat kerja dengan tekun dan tidak diperhatikan oleh orang-orang atasan, sebenarnya Tuhan yang Mahabesar memang nampak. 

        Ramai yang percaya adanya Tuhan, atau Allah, tetapi kita hanya buat kerja untuk diketahui oleh ketua-ketua kita. Motifnya adalah untuk mendapat kenaikan gaji dan pangkat. Apabila tiba masanya untuk kenaikan gaji, tak dapat pula. 

        Kadang-kadang ini bukan salah pegawai kita, tetapi sistem yang sedia ada ataupun ada orang atasan lagi yang blok kerana persaingan yang ada di antara kita dengan mereka yang pandai bodek. Dalam sektor swasta, ini berlaku juga. 

Prestasi Kerja Yang Baik dapat Pujian Allah dan Pujian Orangramai 

        Prestasi kerja, jikalau baik, akan dipuji orangramai. Misalannya, apabila saya melawat ke negeri Pulau Pinang sebelum ini. Negeri ini lazimnya mendapat gelaran 'negeri paling kotor sekali,' tetapi baru-baru ini, selepas pulang ke Kuala Lumpur, baru saya menyedari bahawa pada kali ini tidak nampak pun sebarang sampah longgok. 

        Lantas itu, saya cuba mendapat maklumbalas dari rakan-rakan saya yang tinggal di Pulau Pinang samada mereka juga ada sebarang komen. Betul pun dari pandangan mereka, negeri Pulau Pinang sudah berubah dan bertambah bersih. Walaupun ada lagi tempat-tempat yang mana masalah pembuangan sampah masih boleh diperbaiki, kebanyakan mereka gembira dengan keadaan negeri mereka yang bersih. 

  
 
    Ini mendapat pujian saya. Saya percaya sekiranya seseorang itu membuat kerja dengan baik, dia akan mendapat pujian saya. Credit to whom credit is due. Walaupun orang itu dari pihak Umno mahupun dari PH, sekiranya prestasi bagus, saya antara yang pertama memberi kata-kata pujian. 

        Itu sebabnya TNB di zaman Tan Sri Ani Arope selalunya mendapat pujian saya dalam suratkhabar Malay Mail. Apabila ada sesuatu masalah yang diberitahu saya berkenaan dengan TNB, saya akan salurkan kepada Tuan Syed, pegawai peribadi kepada Tan Sri. Jawapan beliau, "Stephen, saya akan check dan beri maklumbalas."

        Kadang-kadang dalam kurang 10 min, jawapan Tuan Syed pun sudah diterima. Yang pentingnya masalah pengadu diselesaikan. Bukannya susah masalah-masalah ini kalau Tuan Syed cuma ambil masa 10 min untuk beri maklumbalas. Apabila pengadu gembira, artikel yang ditulis adalah dengan tajuk, "A bouquet of flowers for TNB." 


Apa Sebab Saya Marah

        Kalau cara gaya saya lazimnya sebagai seorang peramah, kenapa pula saya kenampakan seperti marah-marah?

        Saya teringat satu cerita tentang longkang yang penuh dengan sisa-sisa buangan dari penjual ayam di pasar Desa Jaya. Apabila hujan, air kotoran ini melimpah naik sampai ke rumah-rumah berdekatan. Apabila perkara ini dilapurkan di dalam akhbar Malay Mail, pada masa itu, PRO majlis memberitahu editor bahawa longkang sudahpun didalamkan. 

        Saya pergi lihat sendiri. Tidak pun ada sebarang kerja-kerja mendalamkan longkang tersebut. Pada masa itu barulah saya amat marah, dan keluarlah artikel kedua menunjukkan keaadaan longkang yang sama. Tidak ada sebarang kerja pun dibuat kepada longkang tersebut. Artikel ini juga memetik semula apa yang disebut oleh PRO Majlis. 

        Mesti dia tersinggung, tapi inilah caranya dengan suratkhabar. Takkan sebagai seorang PRO, dia tak faham pentingnya maklumat yang disalurkan kepada akhbar adalah benar. Jikalau tidak, akhbar akan siarkan apa keadaan yang sebenar. 

        Lepas seminggu dua, barulah kerja mendalamkan longkang dibuat. Syabas, MPS! Inilah cara yang bagus kerana masalah pengadu tidak lagi berlaku. Dan, walaupun mereka yang bertungkus lumus memperbaiki longkang tersebut tidak mendapat kenaikan gaji, Allah nampak. Tidak mungkin saya tahu siapa yang sebenarnya bekerja kuat untuk memperbaiki longkang tersebut, tetapi akhirnya kerja beres. 

Syabas KDEB

        Kebelakangan ini saya sediakan Whatsapp group untuk rakan-rakan mengambil gambar terutama sekali berkenaan dengan sampah sarap. Orangramai sekarang boleh menjadi mata-mata kepada MPS mahupun kontraktor KDEB.

        Beberapa pegawai KDEB ada dalam Chat group ini. Biasanya saya tidak perlu buat apa-apa kerana mereka ini memang prihatin dan kami pun faham bukannya senang mereka ini menjaga kebersihan bandar terutama sekali kalau sifat manusia memanglah buang sampah di merata-rata tempat. 

        Selalunya dalam kurang dari 2 jam apabila gambar sampah longgok dipos dalam chat group, KDEB akan terus pos gambar-gambar menunjukkan kerja pembersihan sudahpun dibuat. 

        Saya percaya pegawai yang menjaga pekerja-pekerja tidak akan merungut kerana orangramai sekarang ini menjadi mata-mata serta menyenangkan kerja mereka. 

        Apa yang perlu mereka buat hanya arahkan saja pekerja-pekerja membersihkan tempat dan lapurkan balik. Pekerja-pekerja yang membuat kerja-kerja ini harus diberi pujian oleh orang-orang atasan di KDEB. Dalam Chat group saya pula, saya selalunya memberi 'thumbs-up' kepada KDEB. 

        Bila diberitahu oleh Tuan Ronnie Liu bahawa Kerajaan Selangor tiada kontrak pembersihan sampah longgok dengan KDEB, saya juga terus bersuara untuk KDEB. Harap Kerajaan Selangor akan dengar dan perbaiki kesilapan mereka bukan cuba nak menekan KDEB mahupun Tuan Ronnie.

        Jadi MPS jangan ingat kita ini musuh. Kita hanya ingin melihat prestatsi yang baik seperti di MPSJ mahupun MBPJ. Satu hari kelak, mungkin kita akan menjadi MBS -- Majlis Bandararya Selayang.        

        Dan, bila ini berlaku, YDP jadi Datuk Bandar, dan pegawai-pegawai lain juga akan naik pangkat menyebabkan kekosongan kerusi-kerusi mereka sekarang ini untuk diisi pula oleh orang-orang yang berkemampuan membuat kerja dengan baik. 

Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates

The Need for Intervention