Pantai Pengemis atau Pantai Remis?

 



Pertama kali saya mendengar nama Pantai Remis dekat Kuala Selangor. 

        Kawasan Kuala Selangor memang mempunyai potensi untuk menarik pelancong-pelancong tempatan tapi ini hanya JIKALAU kawasan pantai dijaga kebersihannya oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

        Bila nampak saja gambar-gambar sampah buangan di Pantai Remis, saya teringatkan kawasan buangan sampah di Filipina di mana pengemis dan golongan orang di bawah garis kemiskinan hidup.

        Pantai Remis ini belum lagi jadi sebegitu teruk, tapi tidak ada sebabnya ianya menjadi pantai yang amat kotor. Walaupun potensi menarik pelancong tempatan ke sini, pada cuti bulan Oktober depan, saya dan dua tiga keluarga tidak akan sampai ke Pantai Remis. 

Gambar-gambar sumbangan Puan Jenny....

Eco Warriors cuba bersihkan tempat tapi ini tak akan membawa kesan jangkamasa panjang jikalau Majlis Perbandaran Kuala Selangor tidak berusaha kuat menjaga kebersihan kawasan Pantai Remis dan membangkitkan ekonomi penduduk di Pantai Remis supaya mereka juga dapat cari rezeki hasil dari pelancong-pelancong tempatan ke pantai ini....


Aduh! Lebih teruk dari jalan di negeri Sarawak....

Sudah retak. Tapi kalau tidak diperbaiki, makin lama makin rosak. Ganti baru lebih mahal...

Aduh! Gergasi melawat ke Pantai Remis kelmarin hari ke? Cara Selangor menjaga kawasan peranginan tidak berubah kerana kerajaan tempatan langsung tidak ada memantau kawasan ini, sampai gergasi pun dibenarkan masuk kawasan pantai. Patutlah orang ramai berlari bekerliaran sampah mereka juga bertaburan. Dahsyatnya gergasi di Pantai Remis. hahahaa...
Aku nak tahu berapa Majlis Perbandaran Kuala Selangor bayar untuk kerusi simen ini? Kenapa kerusi yang sama boleh tahan bertahun-tahun walaupun di bawah cahaya matahari yang terik?


Lepas buat lawatan ke Pantai Remis, kenalah cuci kenderaan pula... ini lebih teruk dari kawasan terpencil negeri Sarawak. Selangor Darul Ehsan, makmur dan progresif, tapi jalan ini dibiarkan, kenapa pula? 

Sampah sarap biasalah... ini tabiat orang ramai, tapi Pulau Pinang dapat memperbaiki prestasi mereka hasil daripada usaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kenapa tidak di negeri Selangor?

Bila ada sampah, Majlis salahkan orangramai. Orangramai salahkan monyet. Tapi di sini, mana monyetnya? Tanpa monyet, jadi tong tak perlu lagi ke?

Memang selera.... tapi gambar di bawah, agaknya di belakang medan selera. Di mana pemantauan pegawai Majlis? Sampah bertaburan ini salah siapa pula? Monyet atau pekerja? Ketiadaan pegawai penguatkuasa waktu cuti akhir minggu atau ini memang tabiat orangramai yang susah ditukar? Buatlah lawatan ke Pulau Pinang dan dapat cuti seminggu. Tapi balik, kenalah buat kerja kerana Selangor juga seharusnya menjaga imej negeri yang bersih.  


Tak perlu cermin. Ini pun cukup lah untuk sikat rambut. Kakaakaahhhh

Mata aku kabur ke atau papan signboard ini sudah kabur? 

Bila bin ini kotor siapa pula nak bersihkan? 

Cuba fikirkan bin hijau ini untuk kegunaan di mana? Ini bin yang digunakan kalau ada lori compactor yang dapat tarik bin ini dan buang sampah secara terus ke dalam lori sampah. Tapi lori compactor boleh masuk ke kawasan ini? 


Jangan kita jadi seperti tempat ini di Filipina: 


Juga baca: 

https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2022/09/think-about-this-statement-we-have.html 

Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?