Lagi, lagi sampah pukal. sampah bahan binaan dan sampah biasa
Sejak Baginda Sultan Selangor Sharafuddin menzahirkan pandangan baginda pada hari keputeraan baginda, sepatutnya ini menunjukkan bahawa baginda amat murka berkenaan dengan keadaan di negeri Selangor yang kotor. Saya mempunyai harapan keadaan ini akan bertambah baik. Tetapi di sebaliknya, walaupun saya telah sekali membuat pemantauan dalam blog ini dan yang in i, sekali lagi, pada petang semalam, apabila saya memantau kawasan ini, keadaan tidak berubah langsung. Untuk memastikan YDP tidak sekali hantar pegawai ke Kuala Lumpur, Selangor, dan memberitahu saya kawasan di situ bersih, saya sertakan peta sekali dan link petanya sekali: Sebelum ini, ada akhbar The Malay Mail yang menjadi akhbar yang dapat menyiarkan segala berita seperti ini, tapi selama ini, selepas saja Malay Mail ditutup, keadaan semakin bertambah buruk sehinggalah sekarang. Sebelum ini, DBKL berada di kedudukan ketiga daripada tiga majlis yang saya pantau ketika menulis di akhbar Malay Mail. Namun...