IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI: Pengawal sekuriti tidak dibenarkan duduk semasa bekerja syif 12 jam mereka
Secara senyap saya tiba-tiba tangkap gambar ini. Makan tengahari pun kena berdiri February 28, 2026 Hari ini hari terakhir untuk pengawal sekuriti di kawasan perumahan saya. Saya percaya mereka lebih lega sekarang kerana dapat memulakan kerja di syarikat yang lain. Sebelum mereka beredar dari sini saya cuba memberi rangsangan kepada anak-anak muda ini untuk pergi mempelajari sesuatu bidang TVET mengikut kegemaran mereka. Ini adalah untuk menjamin masa depan mereka. Takkan mereka nak bekerja sebagai pengawal sekuriti seumur hidup sementara anak-anak muda yang lain menjadi pakar IT atau Artificial Intelligence (AI), serta mendapat gaji yang lumayan sementera sebagai pengawal, upah itu tidak akan naik begiitu tinggi. Saya harap mereka akan mula membuat pertanyaan dan akan mula belajar. Satu hari kelak, saya nak lihat mereka ini berjaya dalam satu bidang kegemaran mereka. Lagipun kerajaan Madani sekarang sudah memberi bianyak sokongan dari segi biasiswa untuk mereka belajar satu...