Posts

Showing posts from October, 2025

Sehingga ke tahap mana MPS boleh membenarkan semua ini berlaku di negeri Selangor?

Image
  Sekiranya sesuatu aduan disalurkan kepada seorang Yang Di-Pertua, seharusnya perkara itu disantuni dengan baik.  Ini terutama sekali kerana ianya berbentuk aduan di mana operasi mencuci kenderaan dijalankan secara haram di tempat-tempat yang tidak seharusnya mereka beroperasi.  Sekiranyalah aduan itu disalurkan kepada YBr Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya mahupun Datuk Bandar Kuala Lumpur, masalah ini memang sudahpun diselesaikan dengan baik.  Tetapi dengan YDP Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Tn Shahman Jaludin, kenapa perkara ini dibiarkan berterusan saja? Adakah ini antara sebabnya kawasan di bawah MPS memang bertambah buruk sekali dengan sampah-sampah haram, tempat mencuci kenderaan secara haram di tempat-tempat sesuka hati. Inilah yang amat memalukan kepada Kerajaan Negeri Selangor, di mana aduan-aduan dalam blog ini adalah didokumentasikan selama ini untuk menunjukkan prestasi negeri Selangor sekarang.  Saya telah memberi teguran kepada YDP M...

Bagaimana caranya untuk memastikan kawasan di bawah MPS lebih bersih dari MBPJ dan DBKL?

Image
Selepas sampah haram dibersihkan dekat Jalan Tembaga SD 5/2, Bandar Sri Damansara, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dapat mengurangkan pembuangan sampah di situ.  Caranya mengikut Datuk Bandar Zahri Samingon ialah dengan menggunakan pemantauan secara 24jam/7hari seminggu menggunakan CCTV. Satu poster juga dikongsikan menunjukkan nombor orang ramai boleh telefon.  Pihak penguatkuasa MBPJ akan turun tapak untuk memantau serta menyaman mereka yang membuat pembuangan sampah haram ini. Bagaimana pula SWCorp memantau   Sementara itu, di negeri-negeri yang di bawah SWCorp, mereka akan buat serbuan bila mereka ingin memberhentikan pembuangan sampah haram, walaupun di sebelah malam. Sementara itu saya ada video menunjukkan masalah pembuangan sampah haram di satu lokasi. Kenapa tidak saja beri kepada  pakcik / makcik wargamas yang mengutip barangan ini  secara terus?  Video ini dihantar kepada pihak MPS tapi saya masih menunggu samada pembuangan sampah haram di seluruh...

Kemunculan banyak pencuci kereta di kawasan MPS tidak mustahil kerana....

Image
  Ini satu pemerhatian saya menunjukkan perbezaan yang ketara antara dua Pihak Berkuasa Tempatan. Bersebelahan dengan Taman KIP yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ialah Bandar Sri Damansara, yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Di kawasan yang dikendalikan oleh MPS, kelihatan banyak operasi pencucian kereta haram yang berleluasa—menunjukkan kelemahan pihak berkuasa dalam memantau dan mengawal aktiviti yang menyalahi undang-undang ini. Di sekitar Taman KIP, Wangsa Permai, Aman Puri dan Taman Perindustrian Ehsan Jaya (dalam jarak kurang dari 5km), terdapat sekurang-kurangnya EMPAT pencuci kereta yang beroperasi di tepi jalan secara terbuka. Imej Buruk PBT  Kegiatan ini bukan sahaja mencacatkan imej kawasan perumahan, malah turut menyebabkan kerosakan fizikal pada jalan raya akibat ketiadaan sistem saliran yang sesuai dan penggunaan bahan pencuci yang tidak dikawal. Saya pernah  menulis kepada YB Gobind Sin...